Polis Temui Mayat Wanita Meninggal Lebih 5 Hari, Anak OKU Sebelah Jasad Ibu

| October 1, 2021 | 0 Comments

Polis Temui Mayat Wanita Meninggal Lebih 5 Hari, Anak OKU Sebelah Jasad Ibu | Misteri bau busuk di sebuah rumah yang dihuni dua beranak di Kampung Berjaya, Kuala Pegang di sini, semalam terjawab apabila polis menemui mayat seorang wanita.

Polis Temui Mayat Wanita Meninggal Lebih 5 Hari, Anak OKU Sebelah Jasad Ibu

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, wanita itu dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61, dan dipercayai meninggal dunia lebih lima hari lalu.

“Kami turut menemui anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU), Tengku Rose Mawar Tengku Saiful Munir yang berusia 21 tahun dalam keadaan lemah di sebelah jasadnya.

“Punca kematian belum dapat dipastikan dan Tengku Rose Mawar sudah dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan,” katanya pada kenyataan.

Menurut beliau, mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk ujian Covid-19.

“Kami belum menerima laporan punca kematian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sumber : HM

Tags: , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *