Pulang Ke Kampung Mengakibatkan 4 Positif Covid-19.

| November 4, 2020 | 0 Comments

Pulang Ke Kampung Mengakibatkan 4 Positif Covid-19. | Kota Bharu: Kepulangan seorang wanita dari Selangor ke kampung halaman baru-baru ini mengakibatkan empat jangkitan baru kes Covid-19 di Kelantan termasuk bayi perempuan berusia 22 hari.

Selain bayi yang juga anak saudara wanita berkenaan, tiga mangsa lain adalah neneknya berusia 75 tahun, ibu serta adik kepada wanita berkenaan.

Difahamkan,  wanita itu pulang ke kampung di Kuala Balah, Jeli bersama seorang rakannya pada Oktober lalu sebelum kembali ke Selangor sebelum disahkan positif Covid-19.

Sepanjang di kampung, wanita berkenaan sempat bertemu neneknya sebelum pulang ke Selangor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata, susulan kes berkenaan, pihaknya melakukan 70 ujian saringan Covid-19 terhadap kontak rapat empat mangsa berkenaan di Kuala Balah, Jeli, sejak Isnin lalu.

Katanya, kesemua mereka adalah kontak rapat kes sah dari Selangor yang pulang ke negeri ini dan menjangkiti ahli keluarga.

“Kita sudah lakukan ujian saringan kontak rapat di kalangan ahli keluarga selain turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti.

“Sehingga kini pihak kami sudah melakukan sebanyak 70 saringan terhadap kontak rapat terhadap kes ini dan kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *