Wanita Pakai Gelang Kuarantin Ke Pasar Pagi.

| November 4, 2020 | 0 Comments

Wanita Pakai Gelang Kuarantin Ke Pasar Pagi. | GEORGETOWN: Suasana di pekarangan pasar Sri Aman, Relau di sini pagi tadi kecoh dengan kehadiran seorang wanita yang memakai gelang merah jambu Covid-19 memasuki ke kawasan itu.

Kelibat wanita memakai baju lengan panjang berwarna hitam itu dipercayai disedari anggota pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang bertugas menjalankan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, pasar berkenaan.

Tindakan pantas anggota terbabit berjaya menghalang wanita yang datang seorang diri itu daripada memasuki ke kawasan perniagaan tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut kini dalam tempoh kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama dua minggu membabitkan kes Kluster Bayan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan laporan berhubung kehadiran wanita terbabit di Pasar Sri Aman di Relau.

“Kita ada menerima laporan berkenaan oleh pegawai KKM yang dibuat di Balai Polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.36 pagi tadi.

“Pegawai KKM akan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut,” katanya ringkas di sini tadi.

Sumber : UM

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *