Satu Malaysia gempar pada tahun lepas sekitar bulan Ogos dengan kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang iaitu Siti Kharina Mohd Kamarudin. Selepas seminggu baru lah semuanya terbongkar selepas penemuan mayatnya di sebuah kondominium di Cyberjaya. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu @kamarul14 telah berkongsi mengenai kronologi kematian kes bunuh Siti Kharina. Ikuti perkongsian beliau di bawah :

Rakan Sekerja Pelik Wanita Tak Datang Kerja. Ketua Jururawat Ditemui Meninggal Dunia

Pernah berlaku kes pada bulan Ramadan 2019, seorang jururawat jumpa bos dia untuk minta cuti Hari Raya. Keesokan harinya, si dia terus tak hadir kerja shif malam. Dia patut masuk kerja. Satu hospital mencarinya. Ke mana dia hilang? 

Rakan sekerja runsing dengan kehilangan jururawat ini. Esok pagi, dua rakan sekerja kemudian pergi ke rumah sewa yang disewanya. Mungkin dia ada di situ. Rakan serumah kemudian bagitau, dia sendiri pun tak tahu di mana jururawat itu pergi. Dia takde di rumah sewa.

Housemate kepada jururawat terus hubungi no phone. Namun, panggilan terus masuk ke peti simpanan suara. Keadaan menjadi rungsing kerana tiada pun yang tahu di mana jururawat itu hilang. Ahli keluarga jururawat terus dihubungi melalui chat di Facebook.

Adik kepada jururawat yang hilang itu dimaklumkan mengenai kejadian ini. Tidak pernah lagi jururawat itu tidak memaklumkan majikannya, yang dia tidak akan datang kerja.

Adik terus hubungi suami jururawat tersebut. Mungkin suaminya tahu isterinya itu sudah pulang ke kampung halaman. Suaminya bagitau, isterinya itu tidak maklumkan pun yang dia akan pulang ke kampung. Mana mungkin dia akan pulang beraya awal kerana masih perlu datang kerja.

Bilik yang dihuni jururawat tersebut di kuarters hospital kemudian diserbu adik kepada jururawat itu. Mesti ada apa-apa petanda di dalam bilik kakaknya. Didapati biliknya berkunci sebelum dapat diumpil. Bilik itu kelihatan berselerak dan seperti tidak berpenghuni.

2 laporan polis dibuat di balai polis berasingan kerana jururawat itu masih belum dijumpai. Ahli keluarga mencari sehingga ke Cyberjaya namun tidak berjaya jumpa. Satu post mengenai kehilangan jururawat diupload oleh adiknya di laman Facebook. Di mana sebenarnya dia hilang

Ketika bilik sewa diserbu adik jururawat, ada beberapa dokumen diserahkan pada pihak polis. Satu kad pengenalan dan dua kad kesihatan milik seorang lelaki tidak dikenali, dijumpai di situ.

Seminggu kemudian, seorang pemilik sebuah rumah di satu kondominium disuruh datang ke rumahnya. Penyewanya adalah jururawat itu. Makluman dibuat kepada owner rumah kerana jururawat itu mengadu peti sejuk rumahnya itu rosak. Aduan dibuat sebelum jururawat itu hilang.

Pada satu petang, ketika owner datang ke kondominium itu, owner rumah tu pelik kenapa jururawat tu tiada di rumah. Sedangkan jururawat itu sendiri yang suruh owner tu datang tengokkan rumah.

2 technician dipanggil sekali datang ke rumah itu. Grill serta pintu kayu masih dalam keadaan baik. Setelah meminta bantuan pihak maintenance untuk bukan pintu, segalanya terbongkar. Ada bau pelik dan rumah bersepah.

Owner rumah masuk ke dalam rumah dan dia nampak kesan darah di lantai ruang tamu dengan bilik tertutup. Ada satu kain di bawah pintu bilik dibasahi darah. Dua-dua orang technician keluar dari rumah itu kerana tak sedap hati dah. Polis terus dihubungi.

Anggota polis bersama pegawai penyiasat PDRM bergegas ke lokasi kejadian. Bilik berkunci yang ada nampak darah di lantai belum lagi dibuka. Polis masuk ke dalam rumah tersebut.

Pintu bilik dibuka. Ada kelihatan mayat terbaring di situ. Tidak berpakaian dengan berlumuran darah. Unit forensik PDRM dibawa masuk ke lokasi kejadian untuk mengumpul barang kes. Mayat tersebut adalah jururawat yang hilang itu. Allahu

Mayat jururawat tadi dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Pilu hati rakan sekerja mangsa ketika itu setelah rakannya itu dibawa ke hospital dengan tidak lagi bernyawa. Mereka semua bekerja di hospital yang sama.

Sehari kemudian, pihak polis berjaya tangkap suspek. Tangkapan dibuat setelah polis terima maklumat ada kad pengenalan milik suspek dalam bilik yang disewa mangsa di Hospital. Suspek pada mulanya nafikan dia pembunuh. Kes kemudian masuk mahkamah.

Suspek dikenakan tuduhan membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Laporan pakar forensik sahkan mangsa mengalami 17 kesan kecederaan. 2 kesan kecederaan ialah kesan cedera yang membawa maut.

Ada luka hiris di leher mangsa yang memotong tulang hyoid, kedua-dua arteri carotid dan vena jugular kiri. Kesan cedera ini telah memotong hingga putus urat darah sehingga darah tidak dapat mengalir ke bahagian otak dan jantung. Allahu.

Suspek dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pihak pendakwa berjaya buktikan suspek adalah orang terakhir bersama mangsa berdasarkan rakaman cctv. Tiada orang lain bersama mangsa sebelum kejadian.

Darah yang ada di lokasi kejadian ada kesan DNA suspek. Jadi, suspek tidak dapat nafikan dia tiada di lokasi kejadian. Ketika mula ditahan polis, suspek juga cuba melarikan diri.

Fakta-fakta ini digunapakai pihak pendakwaan bagi buktika suspek bersalah membunuh. Hakim Mahkamah Tinggi, Ab Karim Ab Rahman memutuskan bahawa suspek bersalah membunuh dan dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Keluarga mangsa sendiri tidak tahu mangsa ada satu lagi rumah sewa di kondominium, lokasi di mana mayat mangsa dijumpai. Pemilik rumah tidak benarkan penyewa bukan warganegara Malaysia. Sebab itulah, rumah di kondominium itu disewa atas nama mangsa.

Ketika owner rumah itu datang ke unit kondo, suspek sudah tiada di situ kerana tidak mahukan owner rumah tahu, penyewa ialah penduduk bukan warganegara Malaysia. Tetapi, adalah tidak disangka, ketika owner datang ke rumah, mangsa sudah dijumpai mati.

Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa disahkan dibunuh seminggu sebelum mayatnya dijumpai. Apa yang berlaku di antara mangsa dan suspek sebelum mangsa dibunuh di dalam unit kondominium itu terus menjadi misteri.

Kes berlaku pada bulan Ramadan 2019 pada 9 Mei 2019 di Tower 1, Third Avenue Condominium, Cyberjaya. Penghakiman penuh kes boleh dirujuk dalam kes perbicaraan jenayah BA-45B-7-03 Tahun 2020 ‘Pendakwa Raya lwn Alowonie Oluwajuwon Gilbert (Mahkamah Tinggi Shah Alam).

Laporan berita mengenai kes ini oleh Astro Awani : Kes bunuh Siti Kharina: Lelaki warga Nigeria dihukum mati bunuh Ketua Jururawat

Sumber : @kamarul14

Share.

Leave A Reply