“Rakyat Malaysia memang Pemurah..” Viral Peminta Sedekah Warga Asing Raih RM2k Sehari | Bermodalkan seorang kanak-kanak kecil dan satu bekas kosong, siapa sangka seorang wanita dipercayai warganegara asing mampu menjana pendapatan yang ‘lumayan’ dengan hanya mengutip sedekah.

"Rakyat Malaysia memang Pemurah.." Viral Peminta Sedekah Warga Asing Raih RM2k Sehari

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Menerusi foto yang dikongsi, wanita ini dilihat sedang duduk di sebuah pasar sambil meriba seorang kanak-kanak mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai. Apa yang mengejutkan, apabila wanita ini turut mencatat jumlah pendapatan harian yang begitu lumayan dan mampu meraih anggaran RM2,000 hingga RM2,300 sehari.

Kaya oo jadi peminta sedekah. Kalah gaji pegawai, warga asing pakai tudung menyamar Islam. Bila disuruh syahadah dia geleng kepala. Tanya Islam ke? Geleng kepala juga. Income sehari mencecah RM2300.00. Siap ada buku catatan income harian tahun 2021 & 2022.

Wanita ini sanggup naik *****. Agaknya warga Seremban sangat pemurah. Ya Rakyat Malaysia memang pemurah.

Mengulas lebih lanjut, lelaki ini mendakwa wanita ini sanggup menaiki pengangkutan awam dari Sungai Buluh, Selangor ke Seremban, Negeri Sembilan demi mencari rezeki sedemikian rupa.

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon daripada netizen yang terkejut dengan pendapatan yang berjaya diperoleh oleh mereka.

"Rakyat Malaysia memang Pemurah.." Viral Peminta Sedekah Warga Asing Raih RM2k Sehari

Netizen pada masa yang sama, turut mendakwa lazimnya peminta sedekah ini datang daripada sindiket yang bertindak menghantar dan mengambil setelah ‘kerja’ tersebut selesai dilakukan.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply