Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengemukakan usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berhubung rampasan aset PETRONAS oleh waris kesultanan Sulu.

Rampasan Aset PETRONAS Di Aizerbaijan'. Ini Komen Ahli Parlimen Pulai..

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, usul itu dikemukakannya semalam bagi membolehkan isu rampasan itu dibahas pada sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Jelasnya, beliau sudah menghantar satu usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat berkaitan dua anak syarikat PETRONAS di Luxembourg dirampas oleh Kesultanan Sulu.

Ujarnya lagi, perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang.

Katanya dalam satu kenyataan di Facebook, rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita.

Aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, menurut laporan Financial Times.

Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion.

Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka.

Bagaimanapun, PETRONAS dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan dua asetnya di Azerbaijan sudah dilupuskan dan hasilnya sudah dipulangkan.

Syarikat itu menjelaskan kedua-dua anak syarikat itu, PETRONAS Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan PETRONAS South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan semua aset di Republik Azerbaijan dan hasil dari pelupusan ini telah dipulangkan dengan sewajarnya.

Sumber: Berita Harian 

Share.

Leave A Reply