Rayuan Lim Kit Siang Terhadap Peguam Negara Jadi VIRAL. Ni Puncanya. | Tak sangka rayuan Lim Kit Siang terhadap peguam negara, TS Mohamed Apandi ni jadi viral. Sebab apa viral? Jom baca. Hebat.

DESAK PEGUAM NEGARA LETAK JAWATAN

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan secara terhormat untuk mengelak daripada menerima tindakan dipecat yang memalukan.

Rayuan Lim Kit Siang Terhadap Peguam Negara Jadi VIRAL. Ni Puncanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mengingatkan Apandi bahawa beliau secara “tidak senonoh” masih memegang jawatannya selama tiga minggu sejak pilihan raya umum 9 Mei, lalu.

Menurut Lim, keputusan bersejarah pada hari tersebut membuktikan rakyat bukan sahaja tiada keyakinan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, malah Apandi sendiri selaku peguam negara.

“Kebuntuan perlembagaan bermula apabila pertama sekali dia tidak sepatutnya dilantik sebagai AG pada Julai 2016,” katanya.

Lim adalah anggota parlimen DAP ketiga yang meminta Apandi meletak jawatan, selepas Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu juga menegaskan pada 23 Mei bahawa kedudukan Apandi tidak boleh dipertahankan.

Lim berkata Apandi tidak harus memperalatkan kelemahan perlembagaan untuk terus berkhidmat, sebaliknya tanpa berlengah memohon peletakan jawatannya.

“Apa yang Apandi fikir dia akan dapat dengan memanjangkan “kebuntuan” perlembagaan sedemikian?” soalnya.

Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik oleh Najib bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 28 Julai 2015 dengan kontrak selama tiga tahun.

Pada tahun 2016, beliau membersihkan bekas perdana itu daripada salah laku berhubung kemasukan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya, yang mana siasatan antarabangsa mendapati ia berasal dari 1MDB.

Bagaimanapun, Najib mendakwa wang itu adalah derma daripada kerabat diraja Saudi dan menafikan salah laku atau mengambil wang awam untuk keuntungan peribadi. (Sumber: Malaysiakini)

MEJAR ZAIDI MINTA PERTOLONGAN MAT SABU

Mejar (B) Zaidi Ahmad, yang dipecat daripada angkatan tentera tiga tahun lalu meminta pertolongan dari Kementerian Pertahanan supaya mengembalikan semula jawatannya atau beliau dibayar pencen.

Rayuan Lim Kit Siang Terhadap Peguam Negara Jadi VIRAL. Ni Puncanya.

Menurut Zaidi, kerajaan sekarang boleh mengisytiharkan penamatannya daripada perkhidmatan tentera sebagai “haram dan bermotivasi politik.”

“Kerajaan juga boleh mengembalikan jawatan saya sebagai juruterbang dengan kedudukan sebagai lettenan kolonel bersama Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Kementerian Pertahanan juga boleh meluluskan pencen saya dan sebarang ganjaran untuk perkhidmatan saya selama 26 tahun dengan TUDM,” katanya semalam selepas menyerahkan surat rasmi kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Salinan surat itu juga dihantar kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mohamad berkata beliau akan mengkaji kes Zaidi dan mengambil tindakan jika perlu.

“Saya baru saja masuk ke pejabat saya, tolong berikan saya sedikit masa untuk mengkaji kes Zaidi,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu sebelum acara berbuka puasa di Tasek Gelugor semalam.

Zaidi dipecat dari tugasnya oleh mahkamah tentera TUDM pada tahun 2015 selepas beliau mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai isu dakwat kekal.

Beliau membuat laporan polis semasa pilihan raya umum 2013, yang dianggap melanggar etika kerja beliau. (Sumber: Malaysiakini)

Share.

Leave A Reply