Remaja Perempuan Maut, Terjatuh Dari Tingkat 10 | Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 flat di Taman Tun Teja di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 3.17 petang tadi.
“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber : HM