Seorang Remaja Terselamat Dalam Kebakaran Madrasah | Sebuah Madrasah Diniah di Pasir Tumboh, Kelantan telah dilaporkan terbakar. Kejadian itu berlaku pada 2.40 pagi tadi dan telah menyebabkan lima unit pondok di madrasah itu terbakar.

Seorang Remaja Terselamat Dalam Kebakaran Madrasah

Apa yang mengejutkan, seorang remaja berusia 14 tahun telah dilaporkan selamat dari kebakaran terebut.  Remaja tersebut juga merupakan salah seorang penghuni di madrasah itu. Ketika kebakaran itu berlaku dia tidak berada di madrasah itu, dengan itu dia dikatakan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Remaja itu dipercayai sedang berada 30 meter daripada kawasan kejadian ketika kebakaran itu berlaku. Pada pagi itu dia dikatakan sedang mencuci pakaiannya, maka jaraknya dengan pondok yang terbakar agak jauh.

Sebaik sahaja menyedari akan kebakaran yang sedang berlaku, remaja itu dengan pantas mengambil tindakan untuk meminta bantuan orang awam. Dia telah meminta pertolongan orang awam untuk menghubungi pihak bomba dengan kadar segera.

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.43 pagi.

Seramai 24 orang anggota bomba dan penyelamat telah ditugaskan untuk ke lokasi kejadian dan memadamkan api kebakaran. 7 daripadanya merupakan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, tujuh anggota dari BBP Tunjong dan 10 anggota dari Kota Bharu. Kesemua mereka telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima arahan.

Sebaik sahaja anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mereka terus memulakan operasi memadamkan api kebakaran yang telah membakar lima buah pondok yang telah terbakar sebanyak 90 peratus. Mereka juga telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke 12 lagi pondok yang ada di Madrasah itu.

Api kebakaran telah berjaya dipadamkan pada jam 4.20 pagi. Punca kebakaran itu berlaku masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu. Hal ini dikatakan demikian kerana hanya seorang remaja itu sahaja yang berada di pondok itu pada hari itu. Manakala para penghuni yang lain telah pulang kerumah masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply