Rembayung. Ini Jumlah Pelanggan Yg Berjaya Membuat Tempahan.
“Khairul bersyukur slot tempahan restoran pertama yang diusahakannya itu mendapat sambutan hangat”
KUALA LUMPUR: Restoran diusahakan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming, iaitu Rembayung di Kampung Baru di sini, mendapat 3,000 tempahan pelanggan, pada sesi pertama slot dibuka, malam tadi.
Khairul bersyukur slot tempahan restoran pertama yang diusahakannya itu mendapat sambutan hangat pengikut hingga laman web Restoran Rembayung ‘crashed’ akibat trafik terlalu tinggi.
3000 PELANGGAN BERJAYA ‘BOOKED’
“Kita sudah selesai proses tempahan pertama untuk Rembayung. Saya minta maaf kerana laman web ‘crashed’ (sistem rosak) tadi. Memang ramai yang maki hamun dan saya pun ‘speechless'(hilang kata-kata).
“Kita sudah buat persiapan tetapi malangnya, trafik terlalu tinggi. Ada 3,000 pelanggan berjaya ‘booked’ mulai lusa (esok) dan beberapa hari seterusnya.
“Saya tidak tahu hendak ‘respond’ apa… Saya minta maaf kerana saya tidak tidur malam. Pagi tadi (semalam) baru dua jam tidur.
“Kepada yang marah saya dan pasukan, saya mohon maaf sekali lagi. Izinkan kami tangani semua isu dan cuba beri proses yang lebih lancar untuk tempahan seterusnya,” katanya melalui hantaran Threads, malam tadi.

View on Threads
Melalui Threads, Khairul mengumumkan slot tempahan untuk menikmati sajian di Restoran Rembayung dibuka mulai jam 9 malam tadi. Butiran mengenai slot tempahan itu dijelaskan Khairul melalui sesi ‘live’ TikTok.
Khairul mengalu-alukan kumpulan pertama pelanggan ke Rembayung, mulai esok.
“Kepada 3,000 pelanggan, jemput datang ke Rembayung. Kami cuba yang terbaik untuk beri pengalaman yang memuaskan kepada semua pelanggan.
“Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada Rembayung,” katanya.
Awal bulan lalu, Khairul membuat pengumuman mengejutkan menerusi media sosial bahawa beliau akan membuka restoran pertama, Rembayung, iaitu projek yang diusahakannya sejak setahun lalu pada kos RM4 juta.
Restoran Rembayung dilapor dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu hanya sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar PETRONAS.
Ketika mengumumkan pembukaan Restoran Rembayung, Khairul memberitahu, premis berkenaan akan menyajikan makanan kampung.
BERMODALKAN RM4 JUTA
“Dengan bermodalkan RM4 juta, kita bina restoran makanan kampung. Proses ini bermula dari awal tahun lagi sebab kita nak bermula dari kosong, jadi prosesnya akan mengambil masa sedikit.
“Berbekalkan rakan kongsi yang sudah lama dengan industri restoran, kami bertiga berganding bahu untuk jadikan idea ini suatu realiti,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai konsep restorannya itu, Khairul Aming dilapor berkata, ia berkonsepkan restoran yang luas dan mampu menampung lebih 250 pelanggan dalam satu masa.
“Kita pilih konsep semi ‘glass-house’ dua tingkat bagi menampung orang ramai dari serata negara. Elementa adalah suasana kampung di tengah kota raya.
“Kita nak, bila pelanggan masuk ke dalam restoran ini, ia akan beri satu pengalaman ‘dine-in’ lain daripada yang lain. Kita mahu pelanggan teringatkan kampung,” katanya.
Khairul Aming berkata dengan pembukaan restorannya itu, ia turut membuka peluang pekerjaan kepada 50 anak tempatan.
“Mereka ini semua tidak tahu bahawa restoran ini milik KA, mereka hanya datang temuduga sudah lulus baru mereka tahu,” katanya.
Sumber : KA




