Sihir

Anaknya Meninggal Dunia, Namun Si Ayah Ucap Terima Kasih. Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku.

“Tak mengapa. Sebab itu pakcik telefon nak ucapkan terima kasih kepada Saiful dan rakan-rakan.”


 

Tahu tak, kat Malaysia ada satu kumpulan perubatan islam, yang korang tak tahu pun wujud. Ini KISAH BENAR.
Bukan Darussyifa’. Diorang buat kerja dalam diam. Mereka hanya jalankan tugas tertentu sahaja. Aku dapat cerita ni dari salah seorang ahli mereka. Ada yang nak tahu ke? Park dulu.

Selalunya, bila kita bercakap tentang perubatan islam, mesti kita terbayang ustaz, pakai jubah, islamik. Betul?
Tapi kali ini, aku nak bawa sisi lain dalam perubatan islam. Orangnya seperti kita, orang kebanyakkan. Tetapi mereka bekerja di dalam ‘gelap’. Tanpa orang ramai tahu. Kalau anda rasa saya merepek, hentikan membaca, teruskan ke threads lain.

Ini adalah beberapa kisah dari ayah ‘Nina’. Buat yang tak kenal siapa Nina, boleh baca Threads saya yang sebelum-sebelum ini.
Kalau tak nak baca pun tak mengapa, teruskan sahaja. Cuma, kalau nak tahu serba sedikit tentang ayahnya, boleh singgah baca ya.

Ada beberapa kisah, untuk kali ini saya bawakan satu sahaja dulu. Kumpulan mereka ini asalnya dari satu negeri di selatan tanah air.

KUMPULAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

Siapa mereka? Orang biasa. Kerja dalam bidang yang pelbagai. Mereka bukan ustaz. Tetapi mereka membawa misi & matlamat yang besar, yang tak nampak di mata kasar.

Dahulu mereka ada seorang guru, yang mereka belajar bersama. Namun, guru ini telah kembali ke rahmatullah. Kumpulan ini masih lagi berjalan, sehingga ke hari ini.
Mereka ada seorang ketua. Tugas mereka akan disampaikan oleh ketua mereka ini. Sebab itu saya kata, kalau anda rasa cerita saya mengarut, berhenti. Kalau kata mereka sesat, terpulang. Tugas saya hanya berkongsi.

Tiang Piling Besar 3 Pemeluk Hilang. Misteri FSU LEKAS Sungai Udang Yang Ramai Tak Tahu!

Ada satu kejadian, dimana satu malam, Almarhum Guru mereka beritahu tolong ke hospital di Utara tanah air, dan tolong tengok apa yang boleh buat.
Itu sahaja arahannya. Ayah Nina ditugaskan bersama beberapa rakan yang lain. Mereka terus ke hospital tersebut. Tanpa tahu apa-apa!

Tiba di hospital, ketua mereka berkata “kau baca ini, kau baca ini.” Apa yang mereka baca? Masing-masing ada zikir dan potong ayat tertentu untuk misi kali ini.
Jadi kemana mereka perlu pergi? ICU. Kenapa ke ICU?

Bayangkan, mereka 5-6 orang masuk ke ICU. Terus meluru ke satu katil. Di katil, terbaring sekujur tubuh seorang wanita, yang hidup kerana mesin bantuan pernafasan.
Pendek kata, henti mesin, henti nyawa.

SEORANG PAKCIK DATANG MENEGUR

Tiba-tiba mereka ditegur oleh seorang pakcik, katanya ayah kepada wanita itu. Beliau berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi datang.
Atas asbab apa mereka datang? Entah. Ayah Nina sendiri masih tak tahu kenapa, siapa, apa yang terjadi. Semua masih tiada jawapan ketika itu.

Ayah Nina kata “pakcik, pakcik boleh duduk sini sebelah anak pakcik. Kami kesini tak bawa apa pun, cuma mendoakan supaya segalanya dipermudahkan.”
“Baiklah, pakcik dah redha. Semua ini kententuan-Nya.” jawab pakcik itu. Mereka semua berdiri keliling, dan bacakan apa yang diamanahkan. Dah. Selesai. Itu je?

Tiba-tiba datang seorang lelaki, menarik pakcik tadi jauh sedikit dari mereka. Sambil mata menjeling ke arah kumpulan Ayah Nina sambil tangan memegang sehelai kertas. Nampak seperti perbincangan mereka serius.
Ayah Nina dan rakan-rakan tak hiraukan, itu bukan urusan mereka. Selang beberapa minit, lelaki itu pergi meninggalkan mereka. Persoalan, siapa dia? Apa dia buat disitu?

Selesai sahaja urusan mereka, mereka keluar. Pakcik itu mengucapkan terima kasih. Lalu mereka semua pulang semula ke rumah masing-masing.
Tak pelik ke? Macamana boleh masuk ICU ramai-ramai? Dan siapa lelaki yang datang tadi? Semua soalan itu ada difikiran ayah Nina, tetapi dia tak menyoalkan perkara itu.

PAKCIK SEMALAM MENELEFON AYAH NINA

Keesokan harinya, seperti biasa. Semua orang melakukan kerja mereka sendiri. Tiada apa yang pelik.
Tiba-tiba telefon ayah Nina berdering. Nombor tak dikenali yang hubungi. Awalnya dia tak angkat, mungkin scammer. Tetapi nombor yang sama hubunginya sekali lagi. Kali ini dia angkat… “Assalamualaikum…”

“Ini Saiful ya? Saya dapat nombor dari kawan tuan. Saya pakcik ayah wanita semalam.” Kita namakan ayah Nina, Saiful (bukan nama sebenar).
“Waalaikumusalam Pakcik. Maaf pakcik, saya ingatkan scammer. Pakcik apa khabar sihat? Anak macamana pakcik? Okay ke?” jawab ayah Nina terkejut.

AYAH ARWAH UCAP TERIMA KASIH

“Alhamdulillah. Ini sebab pakcik telefon. Nak bagitau semuanya dah selamat. Terima kasih kepada Saiful dan kawan-kawan. Mohon sampaikan kepada semua ya.” jawab pakcik itu.
“Syukur, kami tak buat apa pun pakcik. Semuanya kuasa Allah.” jawab ayah Nina. “Bila boleh keluar hospital pakcik? Dah masuk wad biasa ke?” tanya ayah Nina. Lama pakcik itu terdiam….

“Anak pakcik dah tiada…. semua urusan dah selamat dah alhamdulillah. Baru je lepas kebumi. Maaf, pakcik ingat Saiful dah tahu.” jawab pakcik itu dengan tenang.
Terdiam…. terkejut, tak tahu nak kata apa. Kalau anda di tempat ayah Nina, apa perasaan anda?

“Maaf pakcik. Saya betul-betul tak tahu…. takziah pakcik. Tak tahu apa saya nak cakap.” jawab ayah Nina.
“Tak mengapa. Sebab itu pakcik telefon nak ucapkan terima kasih kepada Saiful dan rakan-rakan.” jawab pakcik. Terima kasih? Kenapa ucap terima kasih sedangkan anaknya meninggal dunia?! “Allah, pakcik. Kenapa ucap terima kasih pakcik?” tanya ayah Nina.

“Anak pakcik, dah lama sakit. Lama terbaring. Tak boleh buat apa. Doctor kata dalaman semua dah tak berfungsi. Sakit apa? Tiada penyakit.” jawab pakcik.
“Macam-macam ujian dah buat. Tiada apa-apa keputusan dari semua ujian itu. Doktor sendiri yang sarankan untuk cuba rawatan ‘lain’.” sambung pakcik itu.

“Macam-macam orang dah kami panggil. Tiada satu pun dapat buat apa. Tapi masa kamu datang, berbeza sikit.” jawab pakcik itu.
“Berbeza? Apa yang berbeza?” tanya ayah Nina.

“Kamu je yang datang tanpa bawa apa-apa barang, pegang pun tidak, bayaran apa pun tak minta.” kata pakcik itu.
“Bergantung kepada tugas pakcik. Ini tugasan kepada kami, kami hanya jalankan sahaja.” jawab ayah Nina. “pakcik, maaf kalau tak keberatan, apa yang pakcik tahu tentang anak pakcik?” tanya ayah Nina

ARWAH DISIHIR

“Anak pakcik tiba-tiba sakit. Awalnya sakit kepala berpanjangan. Entah macamana makin teruk. Pakcik dah syak sesuatu. Tapi masih fikir yang baik-baik.” jawab pakcik.
“Sampailah doktor sendiri sarankan cuba rawatan lain. Itu yang pakcik cuba. Pakcik taknak fitnah, tapi pakcik rasa ada yang sihir anak pakcik.” jelas pakcik.

“Kenapa pakcik cakap begitu? Berat tu tuduhan kalau nak kata ada yang sihir, pakcik.” terang ayah Nina.
“Bahasa mudahnya begitulah Saiful. Ada yang tak suka, tapi taknak cakap. Lebih memilih jalan syirik ini untuk menyelesaikan masalah. Bahkan, pakcik sendiri tahu siapa yang buat….” jawab pakcik.

Terdiam ayah Nina. “Pakcik… berat tuduhan begitu. Saya cuma nasihat, biarlah apa yang terjadi itu ketentuan Allah.” terang ayah Nina.
Pakcik itu diam beberapa ketika. “Saiful…. pakcik dah tiada siapa dah untuk pakcik kongsi. Apa yang pakcik kongsi ini, Saiful nak terima atau tidak, terpulang.” jawab pakcik sambil menahan sebak. Ayah Nina mengiyakan.

Ikut hati, taknak pun tahu. Sebab bila dah tahu, nanti di hati ini ada satu rasa. Rasa marah. Itu yang ayah Nina tak suka. Tapi tak mengapalah, tadah sahaja telinga.
“Kamu nampak lelaki semalam?” tanya pakcik. “Lelaki yang bawa kertas tu? Nampak pakcik.” jawab ayah Nina. Siapa lelaki itu?

 

AYAH ARWAH MENANGIS

“Itu suami anak pakcik” jawab pakcik dengan tenang. Kemudian lama terdiam….
Di hujung talian boleh dengar pakcik itu menangis dalam diam. Sayu. Sedih rasa di hati. “Sabar pakcik. Tenang ya.” jawab ayah Nina. Dalam masa yang sama, dia rasa pelik. Isteri kau sakit, sikit pun kau tak pandang?

“Maaf, salah pakcik berkongsi cerita tentang keluarga kami. Tak apalah Saiful. Terima kasih banyak kerana bantu.” jawab pakcik.
“Tak mengapa pakcik. Telefon saja saya bila-bila. Kalau datang ke daerah saya, jemput singgah ke rumah ya.” jawab ayah Nina penuh hormat. Jawapan pendek dari pakcik tadi ibarat dah menjawab pelbagai soalan. Tapi bagi ayah Nina, tak perlu fikir perkara yang tidak ada bukti.

BERTEMU SESAMA AHLI KUMPULAN

Selang beberapa hari, kumpulan mereka bertemu. Ketua mereka menyampaikan berita tentang apa yang terjadi. Ayah Nina diam, dia dah tahu.
Apa yang ketuanya sampaikan dah menjawab soalan yang ada difikiran. Dalam dunia rawatan ini, mereka cuma perlu tahu apa yang mereka lawan. Bukan siapa yang buat atau mengapa mereka buat. Jelas?

Katanya, perempuan itu disihir. Sihir itu dibuat supaya dia sakit dan terseksa. Selama dia koma di ICU, selama itu lah dia terseksa. Jadi, tugas mereka adalah ‘hentikan’ seksaan itu. Kerana hujung sihir ini, tetap MATI.
Dalam hati ayah Nina, sanggup nya seorang suami buat begitu. Sihir isteri SENDIRI! Apa yang dia dengki, marah atau bengang terhadap isterinya sendiri? Bukan kah seorang suami patut jadi pelindung isteri bahkan syurga buat isterinya?

Terkejut? Itu yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita. Sihir masih lagi ADA! Sampai kiamat dia akan ada.
Ini adalah 1 dari beribu kisah sepanjang perjalanan ayah Nina. Seperti saya katakan awal tadi, nak percaya atau tidak, terpulang. Saya disini hanya menyampaikan cerita supaya dapat kita ambil iktibar.

 

Sumber : Threads Faiz_shamsul

Share.
Leave A Reply