Rempuhan Itaewon: Seorang Rakyat Malaysia Cedera | Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan yang berlaku di Itaewon, Republik Korea Selatan pada Sabtu lalu.
Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri berkata hanya seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden itu dan kini sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul.
Tambahnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubunginya bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Menteri Luar Negeri juga menyatakan dalam satu kenyataan hari ini bahawa pihak kedutaan juga telah menghulurkan bantuan konsular termasuk memudahkan urusan perjalanan kedua-dua ibu dan bapa mangsa ke Republik Korea.
Jelas kenyataan itu lagi, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Beliau bertambah lagi bahawa warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui talian 00(882)7959203/2077-8600 atau +8201098748699 iaitu talian kecemasan konsular selepas 5 petang /cuti umum atau di e-mel ke [email protected].
Sumber: Siakap Keli