Rider Foodpanda Rempuh Pagar Rumah Wanita, Ini Puncanya. Ada VIDEO | Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas apabila terlibat kemalangan dan merempuh pagar sebuah rumah selepas dia dikatakan melarikan diri akibat dikejar anjing liar. Kemalangan tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah penduduk tempat kemalangan berlaku.
Dikejar anjing liar sewaktu menghantar makanan. Semoga tiada apa yang serius. pic.twitter.com/cuLJO0I2Yv
— MyWatch (@My_CrimeWatch) August 20, 2021
Menerusi video pendek berdurasi kurang 30 saat itu, dua orang wanita sedang bersembang di hadapan rumah sebelum secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai hilang kawalan melanggar pagar rumah berkenaan. Rempuhan kuat itu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan sukar untuk berdiri.
Turut kedengaran suara anjing yang menyalak selepas insiden itu berlaku. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku dua hari yang lalu iaitu 19 Ogos 2021 pada pukul 3.57 petang. Tiada info lanjut berhubung lokasi kejadian namun berdasarkan rakaman video, penunggang motosikal tersebut dipercayai seorang wanita berdasarkan lenggok badannya.
Sumber : Twitter