Rina Bertemu TMJ. Ini Cadangan TMJ Buat Ramai Orang SETUJU. | JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi memastikan kes penderaan mangsa sindrom down dikenali sebagai Bella tidak lagi berulang.

“Penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan dengan segera yang mana ia haruslah merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan.

“Ini adalah bagi memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” titahnya menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook rasminya pada Selasa.

Difahamkan, cadangan berkenaan adalah buah fikiran baginda selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Wakil Pertubuhan Antarabangsa UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex di Royal Johor Club di sini, pada Selasa.

Menerusi pertemuan itu, Tunku Ismail juga turut mencadangkan dua lagi saranan yang sesuai bagi meningkatkan lagi tahap kawalan bagi melindungi kanak-kanak yang berada di rumah lindungan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.

“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” katanya.

Sementara itu, Tunku Ismail turut mencadangkan agar kerajaan segera membuat kajian mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak yang mana boleh bermula di pusat-pusat jagaan kanak-kanak di Negeri Johor.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply