Seorang Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Ditemui Rentung Dlm Kebakaran. | LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 30 buah rumah atas air di Kampung Sabah Baru, hari ini.

bakar

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Nurul Alisha Putri Abdullah ditemukan rentung apabila rumah diduduki terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.52 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak lapan kilometer daripada balai.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, kira-kira 30 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di perkampungan atas air tersebut.

Pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati terdapat seorang mayat kanak-kanak ditemukan rentung.

Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman kebakaran terkawal pada pukul 10.55 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.15 petang tadi.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply