RM 70,000 Kompaun Dikenakan Kepada Tujuh Buah Kilang

| June 15, 2021 | 0 Comments

RM 70,000 Kompaun Dikenakan Kepada Tujuh Buah Kilang | Pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP)  yang dijalankan oleh pihak kerajaan hanya membenarkan sektor perkhidmatan perlu yang mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI ) sahaja dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

RM 70,000 Kompaun Dikenakan Kepada Tujuh Buah Kilang

Namun sayangnya masih terdapat ramai pihak masih ingkar dengan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mematuhi syarat dan SOP yang telah ditetapkan.

Sehingga 13 Jun lalu sebanyak RM 70,000 kompaun dikenakan kepada tujuh buah kilang di daerah yang didapati melanggar SOP PKP.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, tindakan tersebut hasil pemeriksaan terhadap 13 buah kilang bersama pihak berkuasa tempatan.

Katanya setiap kilang yang didapati telah melanggar SOP akan dikenakan dikompaun sebanyak RM 10,000.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah  bas kilang membawa lebih pekerja dibenarkan, tiada surat kebenaran MITI , majikan membenarkan pekerja masuk tanpa mendaftar aplikasi MySejahtera dan bukan kilang dikategorikan perkhidmatan perlu.

Selain itu, sebuah kilang yang menjalankan operasi tanpa mendapatkan kelulusan MITI juga telah diarahkan tutup.

Beliau memberitahu, pihaknya turut mengeluarkan 94 kompaun dalam tempoh 13 Januari hingga 13 Jun lalu atas pelbagai kesalahan terutama tidak memakai pelitup muka, melanggar penjarakan fizikal dan jumlah individu dalam kenderaan melebihi daripada dibenarkan dalam SOP.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *