RMK12: PM Bakal Bentang Hari Ini | Malaysia hari ini bakal tertumpu kepada Persidangan Dewan Rakyat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), iaitu satu hala tuju yang bakal memacu negara bagi tempoh 2021 hingga tahun 2025.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, Perdana Menteri bakal mengemukakan usul RMK12 pada 11.30 pagi, sebaik selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula 10 pagi menerusi laporan Sinar Harian.
Berikutan itu, takwim Dewan Rakyat memaklumkan selepas pembentangan itu, persidangan dewan akan ditangguhkan pada Selasa untuk sesi perbahasan RMK12 oleh Ahli Dewan Rakyat yang dijadual akan berlangsung selama empat hari.
Bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu konsep Keluarga Malaysia, RMK 12 dijangka akan memberikan keutamaan kepada aspek kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat yang menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu.
Berhubung isu rancangan strategik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ia akan untuk terus menjadikan Malaysia sebagai negara mesra pelabur pasca Covid-19 bagi menarik pelaburan syarikat gergasi antarabangsa akan dikupas pada persidangan hari ini.
Soalan tersebut telah dikemukakan oleh Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
Dijangka sidang pada hari ini, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) akan bertanya mengenai maklum balas terkini status vaksinasi kepada pekerja tempatan dan asing di sektor pembinaan kepada Menteri kerja Raya, Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) pula akan mengajukan pertanyaan kepada Menteri Kanan Pertahanan mengenai perancangan aspek kebajikan khususnya perumahan mampu milik kepada anggota tentera yang bersara, berpencen atau tidak.
Persidangan rakyat pada kali ini akan berlangsung selama 17 hari iaitu sehingga 12 Oktober.
Sumber: Sinar Harian