Rusuhan Minnesota. Ini Kenyataan Berani Erdogan Buat Trump Cuak

| May 29, 2020 | 0 Comments

Rusuhan Minnesota. Ini Kenyataan Berani Erdogan Buat Trump Cuak | Baru ni kita dikejutkan dengan berita George Floyd yang meninggal dunia selepas ditekan leher dengan lutut oleh anggota polis. Rusuhan mula berlaku di wilayah Minnesota USA. Ini kenyataan berani Erdogan buat Trump cuak. Baca selanjutnya.

Polis Kulit Putih USA Rasis

Di TURKI, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengecam pembunuhan Floyd dan melabelkan polis AS sebagai rasis dan fasis.

“Pendekatan fasis dan rasis yang membawa kepada kematian George Floyd mencetuskan kemarahan dan kesedihan di seluruh dunia.

“Saya percaya bahawa pelaku yang tidak berperikemanusiaan ini akan menerima hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji akan bertindak tegas untuk menghentikan tunjuk perasaan di Minneapolis ekoran kematian George Floyd semasa ditahan polis.

Trump turut mengugut untuk menghantar pasukan tentera sekiranya Datuk Bandar gagal mengembalikan keamanan terutamanya di Saint Paul yang bertukar seperti medan perang.

Beliau mengeluarkan amaran itu hari ini selepas mengkritik serta melabelkan Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey sebagai ‘terlalu lemah’ dan ‘Datuk Bandar radikal berhaluan kiri’ di Twitter, sambil menambah kerajaan Persekutuan akan mengambil alih dan mengawal situasi jika kerajaan tempatan gagal menghentikan tunjuk perasaan terbabit.

Pada masa sama, Trump turut menggelar orang ramai yang menyertai bantahan tersebut sebagai samseng dan penjenayah.

“Samseng-samseng ini mencemarkan kematian George Floyd dan saya tidak akan membiarkan ia terus berlaku.

“Saya baru sahaja bercakap dengan Gabenor Tim Walz dan memberitahunya bahawa tentera sentiasa bersamanya. Jika situasi bertambah parah, kami akan masuk campur.

“Apabila penjarahan berlaku, maka tembakan pun bermula,” kata Trump ketika mengulas tunjuk perasaan berlarutan sejak tragedi itu berlaku Isnin lalu yang turut menyaksikan premis perniagaan dibakar dan dirompak di Minneapolis.

Balai polis di Presint Tiga, iaitu lokasi Floyd didakwa dibunuh turut dibakar perusuh.

Protes pada awalnya berlangsung secara aman, bertukar ganas apabila penunjuk perasaan melepaskan tembakan dan bertindak membakar beberapa bangunan berhampiran lokasi kejadian.

Demonstrasi turut merebak ke beberapa bandar lain termasuk Los Angeles dan Memphis.

Di SAN FRANCESCO, Twitter melabelkan status terbaharu Trump berhubung rusuhan di Minneapolis sebagai menyemai keganasan dan berkata tweet tersebut melanggar peraturannya tetapi tidak dihapuskan.

Di MINNESOTA, Gabenor Tim Walz mengisytiharkan darurat. Perintah darurat dikeluarkan Walz selepas Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey memohon sesuatu dilakukan memandangkan banyak kerosakan dan keganasan berlaku dalam rusuhan yang tercetus sejak Isnin lalu.

Sebelum ini, keluarga Floyd menuntut keempat-empat pegawai polis yang berada di tempat kejadian dipecat dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Floyd, 46, maut selepas seorang anggota polis melutut di bahagian belakang lehernya semasa tangan bergari di Minneapolis pada Isnin lalu.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan Floyd sukar bernafas selepas ditahan kerana disyaki menggunakan duit palsu AS$20 (RM86) di sebuah kedai serbaneka.

Selepas kira-kira lima minit, Floyd tidak sedarkan diri dan dia bawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. – Agensi via Sinar Harian

Tags: , , , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *