Saintis Suntik Virus Covid Ke Llama. Apa Jadi Lepas Tu Buat Ramai Kagum | Pelbagai ujian klinikal telah dijalankan oleh kumpulan makmal bagi mendapatkan ‘penawar’ kepada varian Covid-19 ini selain daripada mendapatkan vaksin. Kini, kajian telah tertumpu kepada haiwan dan yang lebih mengejutkan Antibodi Ilama kemungkinan besar akan memainkan peranan global dalam memerangi COVID-19.
Menerusi laporan Reuters, ujian klinikal dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar selepas ujian yang dijalankan oleh Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent menunjukkan antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama yang dikenali dengan nama “Winter” itu telah berjaya mematikan penularan koronavirus termasuk variannya dalam ujian makmal.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago, teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat menambah baik peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem imunisasi lemah, selain merawat individu dijangkiti di hospital.
Tambahnya lagi, antibodi llama dilihat luar biasa kerana ia kecil serta apat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, selain menyatakan mereka tidak nampak mutasi pada kadar tinggi di situ.
Antibodi tersebut turut dilaporkan menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular terbabit.
Penyelidik kini menjangkakan ujian klinikal terhadap sukarelawan sihat yang telah dimulakan minggu lalu akan menunjukkan kesan yang sama.
Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens berpandangan antibodi dari haiwan llama dan spesies unta lain, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.
Kajian telah dijalankan bagi mencari rawatan COVID-19 itu susulan kajian pada 2016 mengenai antibodi llama untuk melawan koronavirus SARS dan MERS.
Namun dikatakan syarikat farmasuetikal Perancis, Sanofi telah membayar sekitat 3.9 billion euro kepada sebuah syarikat perubatan yang bernama Ablynx selepas ia dikatakan menjadi sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan antibodi llama.
Sumber: Astro Awani