Penemuan bayi di masjid menghebohkan warga Dusun Kariako, Desa Buntu Karya, Kecamatan Ponrang Selatan, Kabupaten Luwu, Sulawesi Selatan.
Bayi malang itu ditemui Munir, 32 seorang petani di Desa Buntu Karya, Kabupaten Luwu .
Petani itu menemukan bayi perempuan yang ditinggalkan di mimbar Masjid Attaqwa, Ahad (10/7/2022) dini hari atau saat hari raya Aidiladha.
Katanya, ketika itu dia hendak menunaikan solat subuh namun dia terdengar bunyi seperti anak kucing.
Dia berasa ingin tahu lalu membatalkan niatnya untuk solat subuh kemudiannya mencari punca bunyi itu.
“Saya lihat di atas mimbar ada bayi yang dibungkus dengan kain sarung batik ungu ,” kata Munir pada Isnin (11/7/2022).
Selepas menemui bayi itu, dia mencari bantuan kemudian penduduk datang.
Mereka membuka kain sarung yang menutupi bayi itu dan menemui kertas bertulis nama dan tarikh lahir bayi tersebut.
Katanya, di bawah selimut bayi terdapat tulisan di atas kertas Rizkya Nashita Salwa dan 9 Julai 2022.
Ketua Polis Daerah Ponrang, AKP Supriady berkata, bayi itu telah dibawa ke Pusat Kesihatan Ponrang Selatan untuk rawatan.
Pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui pelaku pembuangan bayi malang itu.
“Bayi itu berada dalam rawatan dan buat masa ini mereka sedang menyiasat pelaku atau orang yang meninggalkan bayi itu,” katanya.
Sumber: Tribun News