‘Saya Berjanji Akan Menjaga Empat Cahaya Mata Ini’- Luah Shuib |¬†Pemergian isteri kepada pelawak terkenal serta usahawan, Shuib akibat Covid-19 tidak mematahkan semangatnya selepas beliau berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan sebaik mungkin menerusi laporam media tempatan, baru-baru ini.

'Saya Berjanji Akan Menjaga Empat Cahaya Mata Ini- Luah Shuib

Menurut Shuib, arwah telah menghadiahkan beliau menerusi seorang anak lelaki, yang diberi nama Ayash Affan selepas dilahirkan pada jumaat lalu, namun ketika itu Siti Sarah dilihat bergelut untuk menyelamatkan anak mereka tersebut dan ternyata Allah lebih menyayanginya menerusi laporan Harian Metro ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, hari ini.

Beliau juga mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6 tahun.

Jenazah arwah Siti Sarah dikhabarkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.

Jelas Shuib, beliau merasa sangat bersyukur kerana Allahyarham isterinya telah diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibunya.

Tambahnya lagi, beliau tidak pasti pada mulanya jika urusan pengebumian dapat dibuat di lokasi yang sama dengan arwah ibunya namun, sebaik tiba di sini beliau bersyukur kerana pihak hospital membenarkan jenazah isteri dikebumikan di sana selepas menyifatkan ia sebagai lokasi yang terbaik buat pengebumian isterinya.

Bagi urusan memandikan serta solat jenazah dikhabarkan akan diuruskan oleh pihak hopital.

Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 5.13 pagi, hari ini.

Sumber: Harian Metro 

Share.

Leave A Reply