Seorang wanita ‘scammer‘ ditahan polis Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dengan lebih enam kes penipuan perkhidmatan dekorasi belon hari jadi menerusi aplikasi Instagram.

Dengan menggunakan akaun Instagram ‘thepartyfairy.my’, suspek dipercayai memperdaya ramai mangsa membuat bayaran terlebih dulu, namun tidak menyediakan perkhidmatan seperti dijanjikan.

Tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis dibuat oleh seorang mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek 30 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Shah Alam dalam serbuan di satu unit kondominium di KL Gateway Kerinchi, jam 4.30 petang.

“Pemeriksaan mendapati suspek terbabit dalam kes yang sedang disiasat oleh pihak BSJK IPD Shah Alam.

“Hasil serbuan itu, polis merampas dua telefon bimbit, satu unit CPU komputer, satu unit monitor, satu unit papan kekunci dan tetikus, sebuah I-Pad Pro.

“Turut dirampas 15 beg tangan pelbagai jenama, tiga pasang kasut pelbagai jenama, sepasang cermin mata dan sampul surat berwarna putih mengandungi dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dokumen peguam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati suspek menjalankan perniagaan menawarkan perkhidmatan dekorasi melalui Instagram dan menjalankan aktiviti itu sejak Julai lalu.

“Mangsa yang berminat mendapatkan perkhidmatan dekorasi menghubungi suspek dan diarahkan untuk membuat bayaran ke akaun suspek.

“Bagaimanapun suspek gagal menyediakan perkhidmatan terbabit pada hari yang dijanjikan dan pengadu mengalami kerugian sebanyak RM700.

“Semakan mendapati suspek juga terbabit dalam enam lagi kes di Selangor dan Kuala Lumpur. Pihak polis meminta orang awam yang menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa percaya dan yakin dengan perkhidmatan yang disediakan suspek memandangkan pengikut di Instagram berkenaan mencecah 12,000.

“Suspek mendakwa dia membuat dekorasi majlis hari jadi dan akikah tetapi gagal menunjukkan bukti apabila polis minta.

“Gambar-gambar yang dimuatnaik dalam Instagram itu juga seolah-olah ‘copy paste’ saja. Siasatan masih berjalan,” katanya.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Justeru itu Mohd Iqbal meminta orang ramai lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Taktik Terbaru ‘Scammer’ Paksa Terima, Bayar Barang Tak Diketahui | Seorang wanita medakwa menjadi mangsa penipuan apabila menerima bungkusan barang secara tiba-tiba dan perlu membayar barang tersebut ketika penghantaran dibuat.

Wanita yang dikenali sebagai @hawanis_ mendakwa, bungkusan barang yang dihantar daripada sebuah kedai ‘online’ (dalam talian) itu tidak pernah dipesan olehnya malah terpaksa membayar harga barang berjumlah RM69.

“Ramai dah terkena termasuk diri saya sendiri. Saya tidak mahu orang lain kena sebab ramai dah jadi mangsa ‘scammer’ ni sebab terpaksa membayar RM69 tu

“Scammer itu siap ugut orang tua untuk bayar barang tersebut padahal memang tidak pernah beli pun,” kata @hawanis_.

Menurutnya lagi, dia juga pelik bagaimana ‘scammer’ tersebut mendapat data peribadinya sehingga nama, alamat dan nombor telefonnya tertera sebagai penerima di atas bungkusan berkenaan.

Lebih mengejutkan, bukan hanya dia sahaja menjadi mangsa penipuan, malah ramai juga tampil mendedahkan perkara sama apabila mereka terpaksa membayar sejumlah wang ketika penghantaran barang.

“Abah biasa kena, tiba-tiba sampai barang yang dia tidak pernah pesan. Hangus juga RM99,” ujar @faaaarrraaahhhhh.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply