Sebanyak 1 Juta Dos Vaksin Sumbangan Amerika Syarikat Selamat Tiba Di Malaysia | Sebanyak satu juta dos vaksin jenis Pfizer telah selamat tiba di Malaysia iaitu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 8.12 pagi tadi.

Sebanyak 1 Juta Dos Vaksin Sumbangan Amerika Syarikat Selamat Tiba Di Malaysia

Vaksin yang diterima oleh Malaysia itu merupakan vaksin hasil daripada sumbangan Amerika Syarikat. Vaksin tersebut dibawa kesini dengan menaiki pesawat Raya Airways TH 384.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters telah turut sama menyambut ketibaan vaksin itu di negara ini.

Sebanyak 1 Juta Dos Vaksin Sumbangan Amerika Syarikat Selamat Tiba Di Malaysia

Terdahulu Hishammudin pernah berkata bahawa sumbangan itu akan medmbantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang kini sedang dilaksanakan di Malaysia.

Tambahnya lagi, Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, set perlindungan diri (PPE) serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply