Sel Kanser Payudara Lebih Agresif Serang Lelaki |Bila bercakap mengenai kanser payudara semestinya ramai berfikir bahawa ia penyakit yang hanya akan dihidapi oleh kaum wanita sahaja. Namun, kanser payudara ini sebenarnya akan menyerang tidak mengira jantina.

Kota Bharu: Penyakit kanser payudara sememangya lebih banyak berlaku kepada kaum wanita namun ia tidak bererti penyakit ini tidak akan menyerang lelaki.

Penyakit ini bahkan lebih agresif ketika menyerang lelaki dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Edokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) , Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata secara purata sekurang-kurangnya terdapat seorang pesakit lelaki yang diagnos menghidap kanser payudara.

Katanya, kanser payudara sinonim dengan wanita, namun ia merbahaya kepada golongan lelaki kerana boleh membawa maut bahkan kompilasi yang dihadapi golongan lelaki akan lebih teruk kerana sel kanser tersebut akan menyerag dengan agresif.

“Kurangnya kesedaran atau stigma lelaki yang beranggapan bahawa penyakit ini hanya akan dimonopoli wanita menyebabkan mereka menghadapi risiko lebih tinggi dan kebanyakkan dari mereka datang mendapatkan rawatan ketika berada di tahap tiga dan empat.

“Berdasarkan statistik yang ada, dari sepuluh pesakit kanser payudara lelaki yang mendapatkan rawatan selepas setahun meninggal dunia kini hanya tinggal seorang sahaja yang masih bertahan dan mendapatkan rawatan susulan secara berkala”,katanya.

Beliau mengatakan demikian ketika ditemui selepas program Tautan Kasih Kelab Kanser Payudara (KEDARA) yang disempurnakan oleh Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dr. Imi Sairi dalam kenyataannya mengatakan, sehingga tahun lalu lebih 8,000 pesakit kanser payudara termasuk golongan lelaki dan wanita dikenal pasti di negara ini.

“Tidak dinafikan, pesakit yang mendapatkan rawatan adalah mereka yang mengambil pilihan terakhir selepas mendapatkan perubatan  tradisional secara ‘belah batin’ selain minuman penawar kononnya boleh menyembuhkan penyakit ini.

“Namun, masyarakat perlu peka dan berhati-hati dengan sebarang produk atau suplemen serta klorofil untu mengubati kanser, tetapi hakikat sebenarnya produk itu boleh memberansangkan sel kanser,”katanya.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply