Selalu Pakai Baju Merah Dalam Perlawanan Akhir, Ini Rahsia Tiger Woods Ramai Tak Tahu | Khalifah Media Networks – Bintang golf terkenal dunia, Tiger Woods sekali lagi mencatat sejarah apabila memenangi kejohanan Master 2019 di Augusta, Georgia pada Ahad.

Selalu Pakai Baju Merah Dalam Perlawanan Akhir, Ini Rahsia Tiger Woods Ramai Tak Tahu

Namun, tolak ke tepi hal itu sebaliknya ayuh kita rungkai kenapa atlet yang pernah dikaitkan dengan skandal rumah tangga itu suatu ketika dahulu gemar memakai baju merah.

Malah, dia dilihat sering memakai baju warna itu dalam banyak acara pusingan akhir yang disertainya.

Adakah ia semata-mata pilihan warna kesukaan peribadinya, atau adakah hubung kait dengan perkara ‘tahyul’ sejak dari dia menjadi atlet?

Kebenaran di sebalik rahsia warna bajunya itu mungkin punca keunggulannya serta boleh menjadi semangat berdaya saing Woods dalam mencapai kemenangan.

Saintis dari Universiti Rochester Amerika Syarikat (AS) berkata, merah adalah warna yang garang.

Ia melambangkan sifat agresif dan penguasaan.

Sewaktu zaman kegemilangannya sekitar 1997 hingga 2008, Woods kerap memakai baju merah dalam setiap perlawanan akhir.

Mengulas obsesi warna itu, Woods berkata ia merupakan arahan ibunya, Kultida.

“Saya pakai baju merah kerana ibu fikir ia warna kuasa saya.

“Anda memang kena dengar cakap ibu,” kata Woods lagi.

Kredit :- Daily Star.

Share.

Leave A Reply