Selepas Keluar Dari Istana. Ini Komen Syed Saddiq Kepada Media. | Hari ini hari kedua sebahagian Ahli Parlimen masuk menghadap Yang Di- Pertuan Agong. Sejurus pulang dari Istana Negara, YB Syed Saddiq terus ke bangunan Putra Perdana.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap polemik politik yang melanda negara diakhiri secepat mungkin.
“Kita cuba mempercepatkan proses ini, doakan yang terbaik,” katanya ringkas kepada pemberita ketika memasuki pintu masuk utama bangunan Putra Perdana sebentar tadi.
Beliau mengakui, baru sahaja pulang dari menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Muar itu mengambil pendekatan mengunci mulut apabila diajukan soalan berhubung tujuan berada di bangunan Putra Perdana, sama ada akan menyatakan pendirian ARMADA tidak akan bekerjasama dengan UMNO kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber : Berita Harian