Seorang lelaki Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon Amber Heard selepas dia kalah dalam kes terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.

Selesai Kes Johnny Depp, Amber Heard DILAMAR Lelaki Arab. Ini Yang Berlaku

Menurut The Peninsula, satu nota suara telah disiarkan ke akaun Instagram rasmi Heard.

Menerusi nota suara tersebut, lelaki itu berjanji akan mengisi kehidupan aktres itu dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

“Amber… memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

“Saya perasan ada orang benci dan buli awak, justeru saya menawarkan diri untuk berkahwin dengan awak.

“Semoga Allah merahmati kita berdua. Anda adalah rahmat tetapi orang tidak menghargainya.

“Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam nota suara Arab.

Nota suara 41 saat yang disiarkan beberapa akaun Instagram menjadi tular dengan salah satunya mempunyai lebih 133,581 tontonan pada 5 Jun 2022.

1 Jun lalu, juri di sebuah mahkamah di Virginia, Amerika Syarikat, memutuskan bahawa Heard memfitnah Depp dalam perbicaraan enam minggu yang ditonton secara meluas.

Perbicaraan memaparkan bukti dan keterangan yang jelas dan grafik yang memperincikan hubungan buruk bekas pasangan Hollywood itu.

Hakim memerintahkan Heard membayar AS$15 juta (kira-kira RM65.9 juta) sebagai ganti rugi.

Pada masa sama, dia juga diberikan AS$2 juta (kira-kira RM8.7 juta) sebagai ganti rugi.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply