Semakan MyKid JPN 2023 – Status & Permohonan Online | MyKid adalah kad bercip yang diguna sebagai dokumen pengenalan diri untuk kanak-kanak yang belum jangkau umur 12 tahun. MyKid punyai bentuk yang serupa dengan MyKad, tetapi tidak punyai gambar dan cap jari kanak-kanak.

Dah buat semakan MyKid? Dengar kata ramai yang dah boleh semak status MyKid terkini untuk ambil di JPN setelah sekian lama hantar permohonan.

Berita baik untuk ibu bapa yang punyai anak dan belum mendapatkan MyKid, kini permohonan untuk membuat MyKid telah dibuka kepada orang awam.

Permohonan boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Malaysia yang berada di kawasan anda.

Ini kerana adanya kelewatan dalam proses edar MyKid kepada bayi yang baru lahir.

Berikut diberi lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid JPN bagi tahun 2023. Selain itu, anda boleh ketahui info lebih menarik di sini.

Apakah MyKid?

MyKid adalah kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang diedar kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” dan ” Kid ” pula membawa maksud kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

 

Kelebihan MyKid

1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta

2. Digunakan semasa bersama dengan jabatan atau agensi lain seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan persekolahan.

3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil

4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.

5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

6. Bentuk cantik dan menarik

 

Cara Permohonan MyKid

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut adalah dokumen yang penlu anda bawa untuk permohonan MyKid:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
    • Salinan IC bapa
    • Salinan IC ibu
  3. Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi

Untuk memohon, sila ke JPN dan UTC di kawasan anda yang berada di senarai berikut:

https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan

Cara Semakan Status MyKid Online

Berikut diberi panduan semakan / manual pengguna untuk rujukan pengguna atau ibu bapa membuat semakan status terkini anda.

Anda boleh datang mengambil My Kid anak anda setelah status yang dibuka tertera seperti di bawah:

‘Status Permohonan : My Kid sedia untuk diambil’

Untuk semakan status permohonan online My Kid JPN, sila rujuk pautan berikut:

Tetapi bagi yang belum siap, anda akan menerima notis seperti dalam paparan di bawah ini:

 

160,000 Mykid sedang dicetak, dijangka siap hujung tahun ini

Info dari Buletin TV3 pada 11 Oktober 2023, 160 Ribu dalam proses pencetakan dan mungkin siap sekitar hujung tahun ini.

“Kita sudah mula mencetak 160,000 permohonan yang tertangguh sejak tahun 2021. Insya-Allah kita akan mula sampai kepada pemohon yang mana kita dah siap.

“Kita baharu mulakan cetakan pada minggu ini insya-Allah pada bulan November atau Disember itu kita cuba pastikan kita dapat edarkan kepada semua.”

Ketua Pengarah JPN berkata, pencetakan ini turut melibatkan jumlah yang tertangguh sejak tahun 2021 lagi.

Walau bagaimanapun, ia bukan juga dokumen yang wajib anda miliki, sijil lahir lebih penting dan masih boleh digunakan bagi sebarang urusan rasmi kerajaan kerana maklumat dokumennya yang lebih lengkap.

 

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semakan status My Kid di sini.

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

 

Share.

Leave A Reply