13 Tempat Makan Malam Best di Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Bukit Mertajam adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Bandar ini amatlah kaya dengan sejarah dan kini telah berkembang sebagai pusat ekonomi dan perdagangan di Seberang Perai. Walaupun bandar ini popular dengan warisan sejarahnya tapi siapa sangka, bandar ini mempunyai banyak tempat makan menarik dan best yang patut dikunjungi.

Jadi, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang boleh anda singgah.

 

1. KAPITAN TANDOORI HOUSE @ BANDAR PERDA – MAKAN MALAM

Craving nak makan masakan India? Korang boleh kunjungi di Kapitan Tandoori House @ Bandar Perda. Restoran ini adalah sebuah restoran Indian Muslim yang popular di negeri Pulau Pinang ini. Kapitan Tandoori House ini menyediakan pelbagai masakan India seperti Cheese Naan Milani, Garlic Cheese Naan with Chicken Tandoori, Tandoori Chicken Biryani Rice. Kalau korang ada disini, korang kena cuba signature mereka, Claypot Biryani Rice. Korang pasti suka punyalah.

Lokasi Kapitan Tandoori House ini di G36, Jalan Perda Selatan, De’Rendezuous, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 6 pagi hingga 12 tengah malam kecuali Sabtu dibuka 24 jam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  010-256 7011.

 

2. IKAN BAKAQ STREET – MAKAN MALAM

Antara banyak-banyak restoran Ikan Bakar, Ikan Bakaq Street adalah salah satu kedai Ikan Bakar terbaik di Bukit Mertajam ini. Dikatakan dekat sini terdapat pelbagai makanan laut yang korang boleh pilih dan segar tau seperti ikan, ketam, sotong dan udang. Restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga atau rakan-rakan makan bersama kerana terdapatnya kawasan persekitaran yang luas, perkhidmatan disini sangat cepat dan juga mesra dan paling penting harga disini pun cukup berpatutan. Tak percaya? Cubalah datang dan rasai pengalamannya sendiri.

Lokasi Ikan Bakaq Street ini di 18, Jalan Permatang Rawa 1, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam kecuali Isnin pada 4 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-4242572.

 

3. RESTORAN KOOK – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa? Jangan risau, korang boleh kunjungi ke Restoran Kook ini. Kalau korang nak tahu, Restoran Kook ini menyediakan banyak menu makanan seperti masakan Malay, Chinese, dan juga Western tau. Makanan dekat disini akan dimasak dengan sempurna terlebih dahulu dan barulah dihidangkan kepada para pelanggan. Sememangnya sedap… Makanan bukan setakat sedap tetapi harga, perkhidmatan dan suasana memang baik. Korang tak percaya? Cubalah kunjungi, pasti korang puas hati.

Lokasi restoran ini di No.49 (Ground Floor, Lorong Perda Utama 3, Taman Prominence, 14000 Bukit Mertajam, Penang dan dibuka pada 9:30 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 04-2971746.

 

4. BJ TOMYAM & SEAFOOD – MAKAN MALAM

Korang suka Tomyam? Korang kena singgah di BJ Tomyam & Seafood ini. BJ Tomyam & Seafood ini adalah restoran Tomyam yang popular dalam kalangan penduduk sini. Dikatakan Tomyam disini memang rasa kaw kaw ditambah pula dengan portion yang banyak dan makanan laut yang segar. Dari segi harga pula, makanan disini sangatlah murah berbanding restoran yang lain dan perkhidmatan disini juga sangat memuaskan. Rugi tau tak cuba. Serious sedap…

Lokasi ini di  1882, Jalan Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 7 pagi hingga 2 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  016-5570739.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Bj-Tomyam-100031117635366/

 

5. BANGKOK STATION – MAKAN MALAM

Korang bosan makan makanan Local dan Western? Korang boleh cuba di Bangkok Station ini. Bangkok Station ini adalah restoran Thai yang popular dan best di Bukit Mertajam ini. Restoran menyediakan pelbagai menu masakan Thai dengan rasa asli dan klasik. Korang akan puas hati punyalah sebab makanan sungguh lazat, harga berpatutan, perkhidmatan sangat bagus dan suasana pun cukup selesa.  Jadi, selamat mencuba!

Lokasi Bangkok Station ini di 59 Lorong Perda utama 3, Taman Prominence, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 12 tengahari hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-4370538.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/bangkokstationpenang/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Bukit Mertajam ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply