13 Tempat Makan Malam Best di Balik Pulau, Pulau Pinang | Balik Pulau adalah sebuah bandar di negeri Pulau Pinang. Bandar ini amatlah popular sebagai sebuah destinasi pelancongan dimana mempunyai kawasan pantai yang cantik dan tempat warisan sejarah. Bukan itu sahaja, Balik Pulau ini juga popular dengan tempat makan menarik dan sedap.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Balik Pulau, Pulau Pinang yang anda boleh kunjungi.
1. AISYAH SEAFOOD TOMYAM – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan makanan ala Thai? Korang kena singgah di Aisyah Seafood Tomyam ini. Kalau korang nak tahu, Aisyah Seafood Tomyam merupakan restoran yang menghidangkan masakan panas ala Thai yang terbaik di Balik Pulau ini. Dikatakan dekat sini adalah salah satu port yang paling best kalau nak makan ala Thai atau bersembang malam-malam. Kalau korang nak tahu, kuah tomyam disini sungguh sedap disamping banyak udang dan sotong yang segar dan nasi yang disajikan juga banyak. Bukan itu sahaja, harga dan perkhidmatan sini juga memang murah dan mantap. Korang mesti akan suka punya. Selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di Jalan Pondok Upih, Kampung Kuala Muda, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi: 019-7613501.
2. ADINDA CAFE & SATAY ADINDA – MAKAN MALAM
Restoran ini merupakan salah satu restoran terbaik dan disukai oleh para pelanggan di Balik Pulau ini. Dekat Adinda Cafe & Satay Adinda ini, mereka menyediakan makanan Melayu dan juga Western. Kalau korang nak tahu, rata-rata pelanggan disini memberikan feedback positif terhadap makanan dan juga suasana disini. Antaranya menu yang disyorkan ialah Spaghetti Carbonara, Nasi Goreng Udang Sambal, Kanda Chop Dinda Grill, Kerang Rebus Bakar dan banyak lagi. Bagi korang yang suka makan satay, korang juga cuba disini. Satay disini sangatlah juicy, meaty dan heaty. Korang pasti akan puas hati punyalah.
Lokasi restoran ini di 143, Jalan Tun Sardon, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 7 pagi hingga 12 tengahari dan dibuka semula pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-9160170.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/adindaroaiza/
3. WESTERN STREETFOOD BALIK PULAU – MAKAN MALAM
Korang lapar makanan Western? Western Streetfood Balik Pulau adalah jawapan untuk korang. Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah sebuah kafe Melayu di Balik Pulau yang menghidangkan makanan Western yang mantap. Dekat sini terdapat pelbagai hidangan yang korang boleh pilih, antaranya Spagetti Aglio, Carbonara Chicken Grill, Lamb Grill Aglio, Spaghetti Bolognese Meatball dan banyak lagi. Portion disini sangatlah banyak dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Korang pasti akan puas hati punyalah.
Lokasi kafe ini di 444a mkd, Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 5:30 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-4301362.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Western-Streetfood-BALIK-PULAU-100083826497887/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Balik Pulau ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Balik Pulau, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!