Seorang Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Menjalani Kuarantin. | Shah Alam: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam.

“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan dan saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.

“Sama ada kematiannya akibat Covid-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sumber : Metro

Share.

Leave A Reply