Seorang Budak Lelaki Maut Gara-Gara Ketagih Permainan Online. | Kita dapat lihat zaman moden ini ramai yang asyik memegang telefon pintar tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. Ada yang sibuk dengan media sosial dan ada yang ketagih permainan online. Ini yang terjadi kepada seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun. Dia meninggal dunia gara-gara ketagih bermain permainan secara talian sehingga mengakibatkan kepalanya selalu sakit. Baca selanjutnya.
JAKARTA: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Kampung Salam Jaya, Subang, Jawa Barat meninggal dunia akibat mengalami ketagihan melampau bermain permainan video secara dalam talian (online game).
Lapor Tribunnews, sebelum meninggal dunia, kanak-kanak lelaki yang bernama Raden Tri Sakti itu sering mengeluh sakit kepala dan dibawa berjumpa doktor.
Hasil pemeriksaan pakar perubatan mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia kerana mengalami gangguan saraf akibat radiasi yang dikeluarkan dari telefon pintar.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Raden sering bermain permainan video secara dalam talian setiap hari tanpa menghiraukan aktiviti lain yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak seusia dengannya.
Ketua Kampung Salam Jaya, Sertu Sugeng berkata, keluarga mangsa membawanya ke hospital selepas kanak-kanak itu sering mengadu sakit kepala yang kuat.
“Raden dirawat selama 16 hari di hospital sebelum keadaannya semakin kritikal dan dia meninggal dunia di rumah,” katanya.
Sumber : UM