Gurau Sepak Cawan Disusun. Ini Tindakan Luar Jangka BF Kat GF. Ada VIDEO.

| February 27, 2021 | 0 Comments

Gurau Sepak Cawan Disusun. Ini Tindakan Luar Jangka BF Kat GF. Ada VIDEO. | Cuba bergurau sepak seni cawan-cawan yang telah disusun, ini tindakan luar jangka boyfriend kat girfriend dia. Agak-agak patut ke tak? Ada video.

Tolong Hormat Hasil Seni Orang

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan agar hubungan yang dibina akan kekal lama tetapi semuanya akan musnah jika tiada persefahaman serta tidak menghormati ruang privasi atau hobi pasangan.

Mungkin anda tidak pernah terfikir bahawa cawan juga boleh menjadi punca perpisahan tetapi ia benar-benar berlaku.

Menerusi video TikTok dari luar negara yang telah tular, seorang lelaki tidak mampu menahan kemarahannya apabila teman wanitanya menyepak cawan yang telah disusun olehnya.

@artur.edlindזהו נפרדנו..😡 // We Breakup 😒♬ original sound – 22 Savage

Dipercayai telah menghabiskan masa dengan lama untuk menyusun cawan yang bertingkat itu, riak wajah lelaki itu kelihatan sangat kecewa dan dia terus meminta untuk memutuskan hubungan mereka.

Wanita itu kelihatan terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Video itu setakat ini telah mendapat sebanyak 42.7 juta tontonan di seluruh dunia dengan komen yang kebanyakan menyokong keputusan lelaki itu.

Komen Netizen Isu Sepak Ni

Karl Kamal
Hidup berperinsip.. Fitrah lelaki memimpin.. Bkn tunduk.. Nnt bnyk dosa masuk neraka.. Tapi klu bkn islam.. Bkn ade kira.. Jnji marah je..

Sumeria Valina
Yg ppuan pun mcm org dewasa yg berfikiran mcm budak 3 thn…ramai je jenis mcm tu…mereka ingt itu manja padahal mcm budak baru nk bljr menyebut perkataan

Azlyn Azlyn
Berlakon je tu.nanti diner call la.nak jumpa rindu.

Fir Mokhtar
Secara kelakuan memang tak patut sebab orang dah susah payah susun dengan usaha yang gigih dengan kesabaran.. berhati-hati tiba2 pasangan yang datang jatuhkan dengan sengaja mana yang tak bengang ya.. bukan soal nak uji ataupun tidak tapi fahamlah sikit usaha laki tu susun dgn baik nyaa.. tapi itu kelakuan lah tapi hakikat nya mereka berdua ini marketing saja😁🤣
Meraikan populariti

Effa Norifah
Ok lagi blum kawen sepak cawan mintak clash… ada lg teruk br kawen sebulan x bg tido dgn anak terus ceraikan bini.

Sumber: artur.edlind via Siakap Keli

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *