Seorang Ibu Berusia 64 Tahun Membunuh Anaknya sendiri kerana malu. | Semenjak ini kita selalu digemparkan denga berita bunuh membunuh samada di luar negara atau di luar negara. Sampai kita rasakan nyawa sekarang ini begitu murah. Ada yang tergamak membunuh saudara sendiri hanya kerana harta dan perselisihan faham sahaja. Terbarau berlaku di Indonesia, seorang emak membunuh seorang anaknya kerana malu anaknya itu selalu mencuri. Baca selanjutnya.

JAWA TENGAH: Seorang wanita membunuh anaknya dengan cangkul dan bongkah batu kerana berasa malu dengan mangsa yang sering mencuri di kawasan perumahannya di Sragen.

Lapor Tribunnews, mangsa, 42, dibunuh ketika sedang nyenyak tidur di beranda rumahnya di Desa Sidoharjo.

Wanita berusia 64 tahun itu menyerang mangsa dengan cangkul dan menghempas sebongkah batu sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Akibat serangan itu, mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia dalam keadaan mengerikan berlumuran darah.

Tertuduh kemudian mengikat mayat mangsa dan membungkusnya dengan tikar.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Sragen, Ari Pujiantoro berkata, wanita itu sempat meminta bantuan penduduk kampung setelah membunuh anaknya sendiri.

Katanya, suspek malah meminta bantuan orang lain untuk membuang mayat anaknya ke dalam sungai.

“Penduduk kampung menolak permintaan wanita itu dan terus membuat laporan polis,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Moewardi Solo untuk dibedah siasat.

Suspek diberkas pihak polis dan beberapa barang bukti seperti ketulan batu, cangkul yang sudah patah, dua telefon bimbiti turut dirampas.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply