Seorang Lelaki Ditemui Mati Dalam Tandas Pusat Serenti.

| June 25, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Ditemui Mati Dalam Tandas Pusat Serenti. | Bukit Mertajam: Pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menerima rawatan ekoran penyakit kudis buta dihidapnya ditemui mati di dalam tandas Pusat Serenti, di sini, 8.10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 36 tahun itu ditemui menggantung dirinya.

“Polis menemui sekeping nota yang ditinggalkan pelatih berkenaan yang memohon maaf kepada ahli keluarga dan melahirkan kekecewaan akibat ditinggalkan teman wanitanya sedangkan dia masuk ke pusat berkenaan untuk berubah.

“Mengikut rekod pelatih ini mendaftar secara sukarela untuk masuk ke pusat serenti berkenaan pada 19 April lalu sebelum ditempatkan di Wad Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam selepas disahkan mengalami penyakit kudis buta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, pelatih itu dirujuk ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), 21 Jun lalu kerana mengadu gatal-gatal dan doktor menyarankan supaya dia diasingkan supaya tidak berjangkit dengan pelatih lain.

“Dia kemudian dipindahkan dari asrama ke bilik sakit dan tinggal seorang diri.

“Kali terakhir pelatih itu dilihat adalah pada 4.30 petang semalam ketika petugas perubatan datang untuk mengingatkannya supaya makan ubat yang diberi oleh doktor,” katanya.

Menurutnya, melalui semakan yang dibuat pelatih itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Pemeriksaan doktor ke atas mayatnya tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *