Lelaki Pukul Bapa Tiri Kerana Ditegur Salah Pasang Bateri Kereta | Seringkali kita dengar kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini. Bukan itu sahaja, kejadian seperti ini sering tular di media sosial mahupun di dada akhbar.

Lelaki Pukul Bapa Tiri Kerana Ditegur Salah Pasang Bateri Kereta

Baru-baru ini, seorang lelaki dipukul anak tirinya yang tidak puas hati kerana ditegur tersalah pasang bateri kereta dalam kejadian di sebuah rumah di Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira pada jam 5.30 petang itu bermula selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan anak tiri lelakinya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya bertindak memukul bapa tirinya yang berusia 52 tahun dengan menggunakan tangan hingga cedera di bahagian muka dan dada mangsa.

“Susulan itu, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 5 petang keesokan harinya, sepasukan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan suspek di hadapan sebuah restoran di Pandamaran, Klang,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau mengulas lanjut, soal siasat suspek bertindak memukul bapa tirinya kerana tidak berpuas hati dengan teguran berkenaan pemasangan bateri kenderaan di kereta mangsa.

Sementara itu, beliau berkata, suspek yang berusia 24 tahun dan tidak bekerja direman empat hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply