Seorang Lelaki Maut Dlm Kereta Selepas Sesak Nafas. | TAMPIN – Seorang lelaki tidak sempat dihantar ke klinik bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selepas mengalami sesak nafas yang teruk lalu meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di hadapan rumahnya di Felda Bukit Rokan, di sini, semalam.

helo

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab, pihaknya menerima panggilan telefon daripada Klinik Kesihatan Gemencheh memberitahu ada seorang lelaki telah meninggal dunia di dalam kereta di hadapan rumahnya di felda berkenaan.

“Siasatan telah dijalankan di tempat kejadian dan didapati mayat seorang lelaki berada di tempat duduk penumpang sebuah kereta jenis Proton Iswara yang diletakkan di hadapan rumah. Mangsa lengkap berpakaian dan pemeriksaan pada badan mangsa tiada kesan kecederaan serta unsur jenayah.

“Temu bual terhadap saksi iaitu rakan mangsa mendapati mangsa mengadu sakit kepala serta muntah dan meminta untuk dihantar ke klinik. Semasa rakan ingin menghantar ke klinik menaiki kenderaan tiba-tiba mangsa mengalami sesak nafas yang teruk.

“Rakan mangsa terus menghubungi ambulan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di dalam kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anuwal berkata, jenazah mangsa telah di bawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat dikasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply