Seorang Lelaki Meninggal Dunia Dipijak Gajah Liar

| February 10, 2021 | 1 Comment

Seorang Lelaki Meninggal Dunia Dipijak Gajah Liar | Malang tidak berbau, dua beranak terserempak dengan gajah didalam hutan, anak berjaya lari namun si ayah tidak sempat selamatkan diri. Baca selanjutnya..

DISERANG DAN DIPIJAK

Mersing: Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai diserang sebelum dipijak gajah liar dalam kejadian di Hutan Simpan Sungai Teresap, Endau, di sini, semalam.

gajah mengamuk

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari ketika mangsa, Din Janja, 61, sedang memancing ikan bersama anaknya, Endra Din,18, di hutan itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian membabitkan penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Labong diserang gajah.

Beliau berkata, susulan itu lima kakitangan jabatan berkenaan bergegas ke Klinik Kesihatan Endau dan mendapati mangsa meninggal dunia disyaki dipijak gajah.

Katanya, hasil soal siasat mangsa bersama anaknya masuk ke hutan itu kira-kira jam 8.30 pagi untuk memancing ikan.

“Ketika dalam perjalanan, dua beranak itu terserempak dengan seekor gajah yang secara tiba-tiba menyerang mereka. Anak mangsa sempat melarikan diri, tetapi bapanya diserang gajah terbabit.

“Anak mangsa kemudian mendapatkan bantuan penduduk kampung, sebelum mayat bapanya dibawa keluar kira-kira jam 12 tengah hari dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salman berkata, proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

“Tinjauan kakitangan PERHILITAN Mersing ke lokasi kejadian bersama penduduk Orang Asli mengesahkan terdapat kesan tapak kaki disyaki gajah jantan, selain kesan tempat tidur haiwan itu.

“Orang ramai yang berhasrat memancing ke dalam hutan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memastikan kawasan itu selamat sebelum masuk,” katanya.

Sumber : Berita HarianĀ 

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *