Seorang Lelaki Warga Emas Cuba Bunuh Diri Dengan Meminum Racun.

| July 24, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Warga Emas Cuba Bunuh Diri Dengan Meminum Racun. | SABAK BERNAM – Tindakan seorang lelaki warga emas meminum racun rumpai di sebuah rumah di taman Sekinchan Jaya di sini berpunca akibat tertekan selepas bercerai dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, motif tersebut diketahui hasil keterangan mangsa yang kini stabil selepas dirawat di Hospital Tanjong Karang ( HTK ).

Katanya, lelaki tersebut bercerai pada April, dua tahun lalu sebelum tinggal berasingan dengan isteri serta tiga orang anak.

“Berdasarkan siasatan awal, punca penceraian adalah disebabkan masalah rumah tangga.

“Selepas tempoh bercerai, lelaki itu menjadi gelandangan dan tidur di sekitar sekitar pekan Sekinchan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu kemudiannya telah dijumpai tidak sedarkan diri bersama sebotol tong racun tumbuhan jenama Set-Up oleh orang awam yang terus menghubungi polis.

Agus Salim menambah, pasukan perubatan dari HTK yang tiba kemudiannya mengesahkan lelaki itu masih bernafas dan tiada kesan kecederaan fizikal sebelum dibawa ke hospital tersebut.

“Hasil keterangan awal, lelaki tersebut mengakui telah meminum racun itu yang dibelinya kerana berasa tertekan apabila tidak diterima oleh isterinya selepas bercerai.

“Ujian air kencing terhadap mendapati positif dadah jenis Methampitamine,” ujarnya.

Beliau menjelaskan doktor yang telah menjalankan ujian darah bagi mengenalpasti kandungan racun iaitu Urine Paraquat Screening dan mendapati tiada kandungan kimia merbahaya dalam badan suspek.

“Dia yang dilaporkan stabil kini ditahan di Wad Hospital Tanjong Karang bagi tujuan rawatan. Kes disiasat dibawah Sek 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu melaporkan seorang lelaki ditemui terbaring dipercayai cuba membunuh diri dengan insiden itu tular menerusi video berdurasi 24 saat.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *