Seorang Pelajar Meninggal Dunia Di Sebuah Sekolah. Takziah.

| July 14, 2020 | 0 Comments

Seorang Pelajar Meninggal Dunia Di Sebuah Sekolah. Takziah. |Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Menurut sumber, pelajar Tingkatan Tiga itu dalam keadaan sihat sebelum mangsa tiba-tiba pengsan di dalam kelas di sekolah berkenaan.

“Semasa pemeriksaan suhu sebelum mangsa memasuki sekolah, pihak sekolah mendapati suhu badannya tidak menunjukkan demam atau tidak normal.

“Mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu memaklumkan bedah siasat ke atas mangsa sedang dijalankan di hospital berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *