Seorang Penceramah Rebah Atas Mimbar Ketika Baca Doa| Seorang penceramah yang sedang membaca doa ketika menyampaikan kuliah solat Zohor di Masjid Baiturrahman, Panaikang di Makassar tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Seorang Penceramah Rebah Atas Mimbar Ketika Baca Doa

Menurut laporan Kompas, jemaah lain yang turut berada di masjid itu turut terkejut apabila melihat Allahyarham Dr HM Ruddin Emang tiba-tiba rebah di atas mimbar. Rakaman video yang tular di media sosial mengenai kejadian itu telah menarik perhatian warganet seramai lebih 432,o11 tontonan.

Dalam rakaman tersebut menunjukkan Allahyarham yang juga bekas pensyarah Universiti Muhammadiyah (Unismuh) dan Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar (UIN) sedang berdoa ketika ingin mengakhiri kuliahnya sambil mengangkat kedua tangan untuk berdoa. Namun, dalam pada itu tiba-tiba Allahyarham dikatakan rebah secara tiba-tiba.

Sementara itu, Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman menzahirkan ucapan takziah dan berasa dukacita di atas pemergian Allahyarham yang disifatkan satu kehilangan yang sangat besar kepada para ilmuan.

“Innalillahi Wa Innailaihi Rojiun. Saya mewakili Sulawesi Selatan, serta rakyat, terutama Kota Makassar, berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

“Kami mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Dikhabarkan, isteri kepada Allahyarham, Rahmiyati Razak yang terlebih dahulu meninggal dunia pada dua minggu lalu.

Kematian seperti ini sangat dicemburui oleh manusia  yang lain kerana sudah tentu sesiapa sahaja yang meninggal dunia dalam keadaan begini mempunyai pengakhiran yang baik.

Sumber: Sinar Harian 

Share.

Leave A Reply