Seorang Penjawat Awam Ditemui M@ut Gantung Diri. | PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditemui maut dipercayai menggantung diri di sebuah unit kuarters teres dua tingkat di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, insiden itu dimaklumkan jiran mangsa yang melihat mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumah berkenaan.
Beliau berkata, pihak bomba terpaksa memecah masuk rumah mangsa sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Jiran mangsa memaklumkan, mangsa kali terakhir dilihat pada pagi Sabtu lalu, namun dalam keadaan sihat.
“Ketika ditemui, mangsa memakai baju tshirt berwarna hitam dan masih berkain pelekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah ditemui di rumah mangsa, malah pintu rumah berada dalam keadaan berkunci serta tiada kesan pecah masuk atau kesan umpil selain barangan peribadi si mati juga turut ditemui.
A. Asmadi berkata, siasatan juga mendapati, mangsa adalah duda anak tiga dan sudah bercerai empat tahun lalu, manakala kesemua anaknya pula menetap bersama bekas isteri.
Menurutnya, mangsa juga mempunyai rekod kesihatan mental dan laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya mendapati mangsa menghidap penyakit ‘Bipolar Disorder Type 1 in depressive Phase’.
“Mangsa juga sedang menerima rawatan di Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya sejak 26 September lalu dan mengambil ubat jenis Risperidone (ubat untuk kurangkan simptom masalah mental seperti Schizophrenia).
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.-
Sumber : UM
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
Insiden ‘fun fair’: “Jeritan kuat, bunyi besi tercabut”-Saksi
KUALA SELANGOR: “Selain jeritan kuat, saya terdengar bunyi besi tercabut dan seterusnya melihat dua mangsa sudah tercampak jauh,”.
Demikian kata Nurazliyana Zulkiffle, 17, saksi kejadian insiden menimpa kakak dan adik lelakinya yang cedera terjatuh daripada permainan di tapak pesta ria Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama adiknya, Nurazriyanie, 15, turut menaiki ‘Sotong Ride’ tersebut di dalam sebuah gerabak lain.
“Pada waktu itu, adik saya iaitu Shah Faraz Aiefan, 11, dan kakak sulung, Noraziera, 31, berada di gerabak hadapan kami. Namun, selepas tiga kali pusingan, kami terkejut apabila besi keselamatan itu dipercayai tercabut hingga menyebabkan mereka tercampak keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kuching, Jeram di sini, petang tadi.
Jelas Nurazliyana, dia ketika itu dapat mendengar dengan jelas suara mangsa menjerit kesakitan.
“Selepas permainan itu dihentikan, saya bergegas mencari adik dan kakak yang mengalami kecederaan. Tidak lama kemudian, mereka terus dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya.
Sementara itu, Nurazriyanie berkata, kejadian berkenaan berlaku dalam sekelip mata dan amat pantas.
“Kami sememangnya sudah lama mahu pergi ke pesta ria itu namun tertangguh kerana faktor hujan. Saya tidak sangka insiden malang sebaliknya berlaku dan menjadi igauan paling buruk dalam hidup,” luahnya.
Tambahnya, dia ketika kejadian menangis melihat keadaan mangsa dan bersyukur tiada kecederaan lebih teruk dialami mereka.
Insiden malang itu mengakibatkan Shah Faraz cedera di muka dan kaki manakala Noraziera terhentak di kepalanya.