Seorang Penunggang Motosikal Meninggal Dunia Terperosok Bawah Kereta | KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan berhampiran susur keluar Felda Chegar Perah, Lebuhraya Central Spine Road (CSR), Lipis pada awal pagi Isnin.

bawah kereta

Mangsa Teperosok Bawah Kereta

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 4.05 pagi.

“Lapan anggota termasuk pegawai bersama jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan empat kereta dan sebuah motosikal manakala mangsa terperosok di bawah salah sebuah kereta terlibat,” katanya.

Zulfadli berkata, pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat lori tunda untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mayat mangsa.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Sumber : SH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Maut Motosikal Rempuh Belakang Pacuan Empat Roda

Lelaki Maut Dlm Kemalangan Motosikal Rempuh Belakang Pacuan Empat Roda | KOTA KINABALU – Ekoran merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda, seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian di Jalan Lintas dekat Puspakom hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.46 pagi itu, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 25 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Terkejut mangsa rempuh dari belakang

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu lelaki berusia 64 tahun dari Iramanis menuju ke Kota Marudu.

“Bagaimanapun, sejurus tiba di lampu isyarat Puspakom, Jalan Lintas, kenderaan terbabit berhenti di lorong tengah disebabkan lampu isyarat pada masa itu warna merah.

“Namun secara tiba-tiba datang sebuah motosikal Yamaha Y16Z6 ditunggang mangsa merempuh belakang kenderaan Mitsubishi Triton dari arah belakang menyebabkan mangsa bersama motosikalnya tercampak di atas jalan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Zaidi berkata, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Mangsa pandu dengan laju

“Hasil semakan lanjut melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada berdekatan lampu isyarat menunjukkan motosikal disyaki ditunggang dengan melulu dengan kelajuan yang tinggi pada masa kejadian hingga melanggar belakang kenderaan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat,” katanya.

Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: KMN

 

 

BACA JUGA :

Tak Sempat Sambut Hari Raya Aidiladha, Lelaki Maut Semasa Pergi Beli Barang Dapur

Tak Sempat Sambut Hari Raya Aidiladha,  Lelaki Maut Semasa Pergi Beli Barang Dapur |  KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang tukang kayu untuk membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Paloh-Pulau Rusa berdekatan Jambatan Manir, Kuala Terengganu pagi tadi.

langgar lori rosak

Terperosok Bawah Lori

Mangsa, Muhammad Fathihin Najmi Ruslan, 23 tahun, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kedai Buluh ke pasar untuk membeli barangan dapur.

Dalam kejadian kira kira jam 8 pagi tadi, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar belakang sebuah lori rosak yang telah lama dibiarkan tersadai di situ.

Bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikerahkan untuk mengeluarkan mangsa yang terperosok dibawah lori.

Mempunyai Seorang Isteri Dan Seorang Anak Perempuan

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia 2 tahun.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply