Tular apabila seorang bekas peninju Britain, Julius Francis berjaya menumpaskan seorang lelaki yang sedang bergaduh dengan satu penumbuk lalu terus ‘KO’ di luar BoxPark, Wembley.

Silap Cari Pasal, Lelaki KO Kena Penumbuk Abang Security. RUPA-RUPANYA...

Ketika itu beliau sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan disitu dan cuba meleraikan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki.

Insiden tersebut bermula dengan seorang lelaki yang dilapor bengang dan berkelakuan agresif apabila terdengar orang memaki hamunnya.

Francis dan beberapa pengawal keselamatan yang lain dilihat berjaya menjauhkan lelaki berkenaan daripada kawasan BoxPark.

Bagaimanapun, ketika peninju yang pernah berdepan dengan Mike Tyson itu ingin berundur, dia diasak dengan kasar oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba.

Tanpa berlengah, bekas peninju berkenaan melepaskan satu tumbukan padu terhadap lelaki itu.

Lelaki tersebut terus tersungkur tidak sedarkan diri, atau istilah dalam gelanggang tinju yang disebut sebagai ‘KO’.

Ekoran daripada penularan rakaman tersebut, polis melancarkan siasatan membabitkan pertelingkahan berlaku antara kakitangan keselamatan dan orang awam di luar Boxpark, Wembley.

Siasatan dijalankan termasuklah bagi mengenal pasti identiti mereka yang terlibat.

Menurut jurucakap BoxPark, kejadian ini dalam penelitian mereka dan sebahagian daripada siasatan itu sedang dijalankan polis.

Justeru, mereka tidak dapat mengulas lanjut mengenai kejadian itu buat masa ini.

Mereka ingin menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan pelanggan serta kakitangan adalah keutamaan nombor satu bagi mereka.

Difahamkan, Julius dan pasukan keselamatan mengambil masa selama 15 minit untuk menghalang lelaki itu dan rakan-rakannya daripada mendera, meludah dan memukul pelanggan dan kakitangan.

Terdahulu, Julius Francis selaku bekas peninju pernah menentang lagenda dan antara peninju terbaik dunia, Mike Tyson.

Kali terakhir peninju itu bertinju adalah pada 2006 dan selepas bersara, dia bekerja di sebuah syarikat kecergasan sebagai pengawal keselamatan.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply