Siti Bainun DEDAH Terima Ugutan Bun0h Setiap Hari. | KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa dia dikecam dan diugut bunuh, setiap hari disebabkan video kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella.
Semasa membaca membaca pernyataan saksi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Siti Bainun, 31, berkata, dia hilang pekerjaan dan perniagaan makanan yang diusahakan selepas dipulaukan.
Dia yang hadir tanpa diwakili peguam berkata, tindakan saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin, 40, menyebarkan video Bella yang disunting turut menyebabkannya hilang segala-galanya.
“Saya takut untuk keluar dari rumah kerana ugutan yang saya terima.
“Ketika mendapatkan rawatan di hospital, ada juga jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” katanya.
Dia yang menangis ketika membaca pernyataan saksi itu berkata, perasaan curiga mula timbul apabila Zurianty merakam dan menyebarkan video itu kerana pembantu pengurus kewangan sebuah syarikat swasta itu tidak pernah mengambil tahu tentang Bella.
TERDAHULU DILAPORKAN, Perbicaraan kes Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella akan tetap diteruskan hari ini meskipun Pengasas Rumah Bonda itu tidak diwakili peguam.
Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi membuat penetapan itu selepas tidak mahu lagi bicara bela diri itu ditangguhkan.
Hakim Izralizam turut mengulangi prosiding itu perlu diteruskan seperti tarikh ditetapkan bagi memastikan Siti Bainun dapat menyelesaikan pembacaan pernyataan saksi hampir setebal 200 muka surat itu hari ini dan esok.