Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Solat Dalam Gelap, Sembunyi Selipar Elak Dikesan Punca Kluster Pauh Lima | Baru-baru ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara bagi mengelak penularan wabak Covid-19 telah mencetus kemarahan rakyat kerana tidak boleh menyambut Aidilfitri. Bukan itu sahaja, jemaah solat Aidilfitri juga dihadkan kepada jumlah yang telah dimaklumkan. Namun, terdapat segelintir rakyat yang masih berdegil dan tidak mahu mengikut SOP yang dietapkan.

Solat Dalam Gelap, Sembunyi Selipar Elak Dikesan Punca Kluster Pauh Lima

Bachok: Aktiviti surau diteruskan di Kampung Pauh Lima dengan puluhan jemaah sanggup solat dalam gelap demi mengelak dikesan pihak berkuasa, dikatakan antara punca tercetusnya kluster di kawasan berkenaan yang sehingga semalam menyebabkan 78 positif Covid-19.

Malah, penduduk yang hadir ke surau berkenaan juga dikatakan sanggup menyorok selipar supaya kehadiran mereka secara beramai-ramai tidak dapat dikesan.

Walaupun arahan sudah dikeluarkan dengan surau tidak dibenarkan mengadakan solat fardu melainkan hanya empat jemaah saja yang dibenarkan, namun penduduk tidak mengendahkan arahan terbabit.

Sementara itu, penduduk kampung berusia 45 tahun yang enggan dikenali memaklumkan, aktiviti di surau tetap diteruskan seperti biasa termasuk sepanjang Ramadan. Katanya, mereka tetap mengerjakan solat lima waktu seperti biasa. Cuma untuk waktu siang, kehadiran tidak seramai sebagaimana di sebelah malam.

“Ketika solat sunat tarawih, kehadiran memang ramai sehingga mereka sanggup solat dalam keadaan bergelap dan menyembunyikan selipar.

“Memang rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan penduduk berkenaan kerana kesannya habis satu kampung yang terjejas disebabkan kedegilan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, penduduk berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Yah, mengakui apa yang berlaku menimbulkan kemarahan kepada penduduk yang lain terutama mereka yang mengikut prosedur operasi standard (SOP). Menurutnya, dia mendapat maklumat memang ada jemaah yang batuk serta demam, namun masih pergi ke surau berkenaan untuk solat tarawih.

“Saya pun tidak faham kenapa penduduk terlalu degil untuk mengikut arahan yang dikeluarkan. Inilah dikatakan mengejar pahala di tempat yang salah.

“Bila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semua penduduk yang terjejas, bukannya hanya golongan yang melanggar SOP,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan PKPD akan dilaksanakan di dua lokaliti iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong, Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 1 Jun.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak membabitkan kedua-dua lokaliti berkenaan.

Beliau berkata, dalam tempoh dua minggu, peratusan kes positif adalah 26.62 peratus di Kampung Pauh Lima, Bachok dan 55.22 peratus di Kampung Pauh Lima, Kota Bharu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar jangkitan sama ada berpunca daripada aktiviti surau atau sebaliknya.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Share.

Leave A Reply