“Solat Jumaat Dibenarkan Ikut Kapasiti Dan Semua Aktiviti Imarah Masjid”- JAWI | Aktiviti solat jumaat, solat fardhu dan solat jemaah dilaporkan akan dibenarkan mengikut kapasiti sebenar di semua  masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 1 Oktober ini.

"Solat Jumaat Dibenarkan Ikut Kapasiti Dan Semua Aktiviti Imarah Masjid"- JAWI

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan kebenaran itu diberikan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan 1.5 meter ketika solat jemaah.

Tambahnya lagi, semua aktiviti pengimarahan Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Tazkirah Sebelum Solat Jumaat, Tadarus Al-Quran, Kuliah Muslimat, Bacaan Yasin, Tahlil, Program Zikir Munajat dan Doa dibenarkan tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan.

Oleh itu, beliau berharap agar umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir.

Pada 1 Oktober, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply