STR 2024: Jadual Pembayaran & Jumlah Bantuan Fasa 1,2,3,4 | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 29 Januari 2024. Setakat ini, seramai 8.2 juta rakyat Malaysia yang layak telah berdaftar untuk STR 2024.
Bagi Penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlu tahu jadual bayaran STR bagi memudahkan anda buat perancangan perbelanjaan anda dengan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda.
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa STR Fasa 1 akan dikredit ke dalam akaun anda bermula 29 Januari 2024.
Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk utamakan dan pastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Terdapat 8.2 juta orang yang layak telah daftar STR 2024 ini. Angka ini mungkin akan naik lagi hingga ke 9 juta bagi tahun ini. Mengambil kira permohonan baru dan kemas kini dibuka selama tahun, berbeza setahun sekali sebelum ini.
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, BTR dan BKM.
Kerajaan Perpaduan menekankan bantuan rahmah dalam membela nasib rakyat susah lebih – lebih lagi golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada usaha – usaha ini. Membantu golongan kurang bernasib baik dalam depani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Jadual Bayaran STR Fasa 1
Mulai Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang daftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalur secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat kepada kategori yang layak.
Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan punyai status Lulus.
Nota: Jadual dan tarikh STR Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemas kini dari semasa ke semasa setelah diumum secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.
Kaedah Pembayaran
Wang bantuan STR akan diberi kepada yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengkut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumum secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tarikh & Jumlah Bantuan STR Fasa 1, 2, 3 dan 4
Bagi bayaran STR Fasa 1 ini, Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hingga RM500 kepada isi rumah. Berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lalu.
Dengan jumlah itu, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sekitar 26% kepada RM2.1 bilion dari RM1.67 bilion pada tahun lepas. Kerajaan dalam usaha untuk bantu sebilangan besar rakyat tangani peningkatan kos sara hidup.
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Berikut adalah pecahan jumlah bayaran STR Fasa 1 melalui jadual bayaran STR untuk pelbagai kategori:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024
Sekiranya nama pemohon tiada dalam sistem data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi dapat proses verifikasi dengan kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:
- Mulai 29 Januari 2024
Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:
- Secara Dalam Talian
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.