13 Tempat Makan Malam Best di Pontian, Johor | Pontian adalah salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor. Oleh kerana daerah ini berada di sebelah barat laut Johor, daerah ini amatlah popular dengan daya tarikan keindahan alam yang memikat seperti pantai pantai dan pulau kecil di sekitarnya. Bukan setakat sahaja, daerah ini juga mempunyai tempat makan menarik yang boleh dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Pontian, Johor ini.

 

1. SOTO SERI BUNIAN RESTAURANT – MAKAN MALAM

Tiba-tiba tekak rasa nak makan Soto tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, korang boleh ke Soto Seri Bunian Restaurant ini. Untuk pengetahuan korang, Soto Seri Bunian ini adalah salah satu restoran terbaik dalam menghidangkan Soto. Walaupun restoran ini kelihatan biasa tetapi siapa sangka sebenarnya luar biasa. Terdapat pelbagai jenis Soto yang korang boleh dapatkan. Antaranya ialah Soto Special, Soto Ayam, Soto Daging dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya akan keaslian rasanya dan juga berperisa. Bukan setakat tu je, suasana disini juga sangat menenangkan seperti berada di kampung. Memang terbaik.

Lokasi ini di J169, 82000 Pontian District, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-33234491.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Selera-tradisi-katering-100063333363367/

 

2. OKI CHAR KUEY TEOW NO 1 TAMBAK PONTIAN – MAKAN MALAM

Craving Char Kuey Teow malam malam? Oki Char Kuey Teow No 1 Tambak Pontian adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, Oki Char Kuey Teow ini adalah salah satu port yang korang kena cuba. Dikatakan Char Kuey Teow sangatlah mantap, saiz hidangan yang cukup besar dan harga pun berbaloi. Kalau korang seorang big eater, memang sesuai lah makan disini. Memang kenyang. Rata rata pelanggan yang kunjung ke sini juga memberikan feedback positif. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi restoran ini di No 9G, Jalan Delima 12, Pontian Kecil, 82000 Pontian, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 3:30 hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-51255156.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Oki.Char.Kuey.Teow/

 

3. SELERA TRADISI CATERING – MAKAN MALAM

Tiba-tiba rasa nak makan makanan raya tapi belum hari raya? Jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan di Selera Tradisi Catering. Selera Tradisi Catering ini adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan ala ala raya gaya orang Johor. Dekat sini, banyak hidangan raya yang korang boleh dapatkan seperti Ketupat, Lepat, Burasak, Rendang dan banyak lagi. Pasti korang akan rambang mata nak pilih punya lah nanti. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di No 290-A, Tkt Bawah, Jln. Alsagoff, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 11:30 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-63855966.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Selera-tradisi-katering-100063333363367/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Pontian ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kluang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply