STR 2024: Maksud Tidak Lulus & Dokumen Permohonan | Kementerian Kewangan telah umum bahawa bantuan STR Fasa 1 telah disalur secara berperingkat bermula pada 29 Januari 2024 baru – baru ini. Pada tahun – tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksana selama 4 kali setahun.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 : CARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA STATUS KELULUSAN & RAYUAN STR 2024 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK / TIDAK LULUS
Semakan Status Tidak Lulus STR 2024
Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima jika LULUS RAYUAN.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian dari penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2024 :
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
- Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan ini masih dibenarkan untuk dikemas kini hingga status STR anda ditukar kepada status Dalam Proses.
- Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
MAKSUD STATUS LULUS
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
- Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2024 TIDAK LULUS?
- Apakah yang saya perlu lakukan jika permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?
- Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
- Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
KEMASKINI STR 2024
- Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh kemas kini semula maklumat permohonan saya?
- Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat permohonan tidak boleh dibuat hingga keputusan dipaparkan.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2024
- Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?
- Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
Sila rujuk cara membuat semakan seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Semak status anda
- Jika tidak lulus, status akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Bagi yang hantar borang pada 1 – 30 November 2023 yang lalu, anda akan terima bantuan STR ini mulai 29 Januari 2024.
Manakala bagi yang hantar borang pada 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, anda akan terima bayaran bermula pada April 2024.
Sila rujuk jadual di bawah:
Tarikh Permohonan Rayuan STR 2024
Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:
- Mulai 29 Januari 2024
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Untuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:
- Secara Dalam Talian
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Sila rujuk ikon PERMOHONAN RAYUAN seperti yang tertera dalam tangkap layar di bawah:
Sila rujuk Kod Alasan Tidak Lulus STR dan muatnaik dokumen yang diperlukan untuk permohonan.
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Maklumat Lanjut
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024
- Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL
Sumber: eCentral